in

Tujuh Pekerja Syarikat Kurier Ditahan, Curi Bungkusan Pelanggan Babitkan Kerugian RM21,818

syarikat kurier

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan tujuh pekerja syarikat kurier yang telah mencuri bungkusan pelanggan sehingga membabitkan kerugian sebanyak RM21,818.

Menurut laporan Sinar Harian, sindiket tersebut berjaya dipatahkan susulan beberapa siri serbuan di sekitar Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kecurian tersebut telah disedari oleh pengurus keselamatan syarikat kurier berkenaan.

Jelasnya, pengurus tersebut telah membuat laporan polis setelah mendapati terlalu banyak laporan berkenaan bungkusan hilang telah diterima oleh syarikat tersebut.

Artikel berkaitan: Polis Berpangkat Lans Koperal Didakwa Curi Barang Kemas Dari Mayat Wanita

Artikel berkaitan: Didakwa Curi Barang Kemas & Wang RM10,000, PA Pelakon Wanita Terkenal Direman Polis

syarikat kurier
Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail – Kredit gambar Sinar Harian

“Pengurus berkenaan membuat siasatan dalaman dan mendapati terdapat beberapa pekerja membawa keluar bungkusan dari gudang tanpa membuat urusan daftar keluar barang serta mengesyaki pekerja syarikat telah mencuri bungkusan milik pelanggan.”

“Susulan itu, polis kemudian membuat beberapa serbuan dan menahan enam lelaki serta seorang wanita berumur 21 hingga 51 tahun,” katanya.

Menurutnya, seorang lelaki dan wanita tempatan yang ditahan telah didakwa di Mahkamah Ampang di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan pada Khamis.

Baki lima lagi suspek direman empat hari bermula semalam hingga 20 Januari.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.