in

Kanak-kanak OKU Maut Dipukul Teman Lelaki Ibu, Mayat Dibuang Ke Kawasan Semak

Kanak Kanak Oku Maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini terdapat banyak kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak, ia termasuklah kes penculikan, pembunuhan serta pengabaian kanak-kanak.


Terbaru, seorang kanak-kanak perempuan orang kelainan upaya (OKU) di Bau, Sarawak maut dipercayai akibat dipukul oleh teman lelaki ibunya.

Menurut laporan Buletin TV3, kanak-kanak yang berusia enam tahun itu dipercayai dipukul oleh suspek berusia 35 tahun antara 15 dan 17 Disember lalu menyebabkan ibu mangsa bersama anak perempuannya itu tidak lagi berani pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan satu laporan polis telah dibuat pada 21 Disember lalu.

Difahamkan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak berjaya menangkap suspek berusia 35 tahun di sebuah tempat menjual komponen kenderaan di Jalan Laksamana Cheng Ho, Kuching dua hari lalu.

“Hasil soal siasat, suspek memberitahu memukul anak bongsu teman wanitanya sehingga tidak bernyawa sebelum membuang mayat kanak-kanak itu di kawasan semak.

Pihak polis dipandu suspek dibawa ke tempat kanak-kanak itu dibuang pada 6.45 petang semalam (kelmarin) dan ibu mangsa mengesahkan identiti anaknya berdasarkan pakaian dan anak patung dipegang mangsa,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya, ibu mangsa yang berusia 34 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca: “Apa motif?” –  Pisau Didakwa Sengaja Dilekat Di Tangga Taman Permainan Kanak-Kanak

Taman Mainan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.