in

Tsutaya Books: ‘Kedai Buku Tercantik Di Dunia’ Bakal Dibuka Di Pavilion Tak Lama Lagi

Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kedai buku merupakan syurga dunia bagi peminat-peminat buku. Kalau pergi sana, tak beli buku dan dapat tengok pun dah best. Betul tak?


Berita baik untuk orang yang suka baca buku, satu rangkaian kedai buku terbesar di Jepun, Tsutaya Books akan membuka cawangan pertama mereka di Asia Tenggara tau.

Dikenali sebagai “salah satu kedai buku tercantik di dunia”, Tsutaya Books memilih untuk membuka cawangannya ini di Pavilion Bukit Jalil pada suku pertama tahun 2022.

Menurut ketua Tsutaya Books Malaysia Hideyuki Uemoto, mereka berhasrat untuk memberi insipirasi dan mengubah gaya hidup dengan konsep “Memupuk Budaya & Gaya Hidup” dengan menawarkan persekitaran yang kondusif bagi membentuk karakter dan memupuk hubungan dan menguatkan ikatan komuniti.

Kedai buku berukuran 31,000 kaki persegi ini juga akan turut menyediakan kafe, kedai menjual merchandise dan kawasan aktiviti berdasarkan gaya hidup dan destinasi.

Kami tak sabar nak beri orang Malaysia pengalaman jenama Tsutaya ini.

Sejajar dengan visi kami untuk memupuk budaya dan gaya hidup, kami berharap dapat membuat tempat untuk keluarga dan kanak-kanak yang suka dengan buku, reka bentuk dan seni untuk berkembang dan meneroka bersama di Tsutaya Books.”

Dekat bawah ni pulak korang boleh tengok sendiri konsep Tsutaya Book yang akan dibuka di Pavilion ni. Memang cantik dan luas!

Screen Shot 2022 01 04 At 2.22.12 Pm 750X420 1 Screen Shot 2022 01 04 At 2.22.25 Pm 750X420 1 Screen Shot 2022 01 04 At 2.22.42 Pm 750X423 1 Screen Shot 2022 01 04 At 2.22.55 Pm 750X424 1 Screen Shot 2022 01 04 At 2.23.05 Pm 750X422 1

Kalau macam ni, datang sana nak ambil gambar pun cantik ni.

Sumber: The Malaysian Reserve, Hype

 

Baca: “Heart breaking gila” – Ramai ‘Book Lover’ Sedih Tengok Jutaan Buku Tenggelam Di BookXcess

Screenshot 2022 01 05 At 11.55.58 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.