in

“Heart breaking gila” – Ramai ‘Book Lover’ Sedih Tengok Jutaan Buku Tenggelam Di BookXcess

7 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min tahu mesti ramai kat sini yang minat membaca. Kalau korang jenis yang suka membaca dan mengumpul buku, Min pasti yang korang akan jaga buku-buku korang sebaik mungkin. Kalau terkena air sedikit pun, mesti dah mula rasa tak best sangat, kan?


Tapi, kalau korang adalah pengumpul buku tegar, mungkin korang kena kuatkan hati untuk lihat apa yang dimuat naik oleh salah sebuah kedai buku popular di Malaysia, BookXcess di laman Instagram mereka baru-baru ni.

Macam yang kita tahu, banyak bisnes dan perniagaan yang turut terjejas akibat banjir kilat baru-baru ini. Melalui perkongsian itu, BookXcess juga dilihat tidak terkecuali.

Gudang BookXcess tenggelam

Klip pendek itu melihatkan keadaan di tingkat bawah gudang syarikat buku tersebut, dikenali sebagai Wolf House yang teruk terjejas akibat kenaikan air. Hal ini mengakibatkan kerosakan jutaan buku yang ditenggelami air banjir.

Premis campuran gudang dan kedai buku di Taman Alam Indah, Shah Alam itu juga dikatakan mengalami masalah bekalan elektrik terputus yang masih belum disambung semula.

1 5

Walau bagaimanapun, para pekerja mereka dilihat masih lagi berusaha keras dalam menyelamatkan buku-buku yang masih belum ‘disentuh’ air.

Andrew Yap, pengasas kepada BookXcess dan Big Bad Wolf Books dikatakan sebak melihat keadaan buku yang hancur dirosakkan air.

Ia keadaan yang sangat sedih apabila melihat buku yang tak terkira banyaknya rosak dan berselerak di merata tempat

Ada juga buku yang terapung di jalan, ada juga yang ke halaman jiran kami. Mereka memulangkan semula buku-buku itu kepada kami dalam beg sampah, namun tiada apa yang dapat diselamatkan.”

Disebabkan kejadian ini, BookXcess juga memberi penekanan bahawa sebarang penghantaran buku yang dibuat secara atas talian akan mengalami sedikit kelewatan. Mereka juga meminta pelanggan setia mereka untuk kekal bersama ketika mengharungi masa yang sukar ini.

Bukan alasan untuk berputus asa

Memetik laporan dari The Star, Andrew Yap juga menyatakan bahawa ini merupakan ujian terbesar mereka sepanjang tempoh 14 tahun, dan meyakinkan orang ramai bahawa mereka cuba mengekalkan perjalanan bisnes ini.

Satu perkara yang pasti, kami akan terus tabah dan tidak putus asa dari perjalanan kami yang ingin memberi inspirasi dan membuat perubahan dalam kehidupan orang ramai melalui buku.

Ia adalah perjalanan yang kami mulakan 14 tahun yang lalu, dan kami akan melakukan yang terbaik untuk meneruskan perjalanan ini”

“Stay strong, BookXcess” – Netizen

Rata-rata pengguna lain di ruangan komen turut berduka melihat sejumlah besar buku yang telah rosak itu. Ramai di antara mereka yang meminta agar syarikat tersebut kekal tabah dengan kerugian yang dihadapi mereka.

5 7

Kesian betul tengok banyak buku rosak macam tu. Semoga BookXcess kembali dengan lebih kuat!

Sumber: The Star dan Instagram

Baca: “Kami tak ada pilihan” – Mangsa Banjir Cerita Situasi Sebenar Terperangkap Dalam Keadaan Kebulur & Terdesak

7 2 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.