in

“Tak pernah berlaku” – Agong Cemar Duli ‘Join’ Roadblock Dekat Sekitar KL Sambil Nasihatkan Orang Ramai

Collage 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sebentar tadi, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan anakandanya telah mencemar duli dengan memandu kenderaan di sekitar Kuala Lumpur untuk tinjau sendiri keadaan selepas hari ke-3 Perintah Kawalan Bergerak dilaksanakan.


Bukan tu je, YDPA turut join pasukan polis yang tengah buat roadblock di Jalan Semantan, Jalan Hartamas dan Jalan Tun HS Lee untuk tengok sendiri macam mana operasi dijalankan serta memberi nasihat kepada orang ramai agar mematuhi arahan kerajaan untuk duduk di rumah.

Menurut Harian Metro, YDPA mengatakan, baginda melihat banyak lagi kenderaan di atas jalan raya dan ini bukanlah sesuatu yang baik.

Saya harap ini dapat dikurangkan secepat mungkin kerana ia untuk kebaikan bersama masyarakat dan Malaysia khususnya di Kuala Lumpur.”

Baginda juga turut memberikan ucapan terima kasih kepada pasukan polis yang sanggup bertugas bagi membendung wabak Covid-19 ini dari terus merebak.

Netizen juga sangat terharu dengan tindakan YDPA yang sanggup turun padang untuk nasihatkan sendiri rakyat Malaysia.

Screenshot 2020 03 20 At 2.27.11 Pm Down

Daulat tuanku!

 

Baca: Agong Bimbang Jangkitan Covid-19 Meningkat, Gesa Kerjasama Seluruh Rakyat

Screenshot 2020 03 20 At 2.34.29 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.