in

Trend ‘Dine-in’ Dalam Kenderaan Sebenarnya Langgar SOP

Cats 80

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

SOP terkini tidak membenarkan mana-mana individu untuk ‘dine-in’ di restoran atau mana-mana kedai makan kerana berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tapi, ada pula premis perniagaan kedai makan yang menggunakan cara lain untuk menyediakan hidangan kepada pelanggan mereka.


Ada yang menyediakan layanan ‘dine-in’ di dalam kenderaan tau. Korang cuma perlu parking berhampiran dengan kedai dan nanti pelayan tetamu kedai itu akan datang ambil order tanpa memerlukan korang untuk keluar dari kenderaan.

Selepas itu, makanan akan dihidangkan kepada korang dalam kenderaan masing-masing. Siap diberi meja lipat tau untuk makan dalam kereta korang tu.

Vcv

Inisiatif ini sebenarnya mendapat sambutan daripada orang ramai selepas kerajaan menguatkuasakan larangan untuk makan di dalam kedai makan. Tapi, ramai yang tak tahu yang diorang sebenarnya sudah langgar SOP.

 

Tiada lagi ‘dine-in’ dalam kenderaan

Menurut Harian Metro, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata yang tindakan kompaun boleh dikenakan kepada premis yang menyediakan perkhidmatan ‘dine-in’ di dalam kenderaan.

“Pengusaha premis makanan perlu hentikan perkhidmatan ini.”

Datuk Aidi Ismail mengulas bahawa penghantaran makanan secara hidangan kepada pelanggan untuk diorang makan dalam kereta sebenarnya dianggap telah melanggar SOP.

81585037287 Datukaidiismail

Setakat ini, sebuah premis makanan di Miri, Sarawak telah dikompaun pada Jumaat lalu kerana menyediakan perkhidmatan yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Kalau korang nak makan juga makanan dari kedai tersebut, korang cuma boleh datang untuk take away, drive thru atau gunakan perkhidmatan penghantaran makanan sahaja.

Kita kena lawan dulu Covid-19 sampai negara kita betul-betul selamat, lepastu korang nak lepak mamak sampai subuh pun takpe.

 

Sumber: Harian Metro

Baca:Bazar & Sekolah Ditutup, Tak Boleh ‘Dine-In’ Semasa PKP 3.0 – Sumber

Capture 65

Sumber: Careta
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.