in

Bazar & Sekolah Ditutup, Tak Boleh ‘Dine-In’ Semasa PKP 3.0 – Sumber

Cover 2 E1620455322967

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dikaji semula, terutamanya di negeri yang mempunyai peningkatan kes jangkitan Covid-19, ujar Tan Sri Muhyiddin Yasin.


Kajian ini amat penting untuk mengekang peningkatan kadar jangkitan virus yang bukan hanya terjadi di Malaysia, tapi juga di seluruh dunia.

Sambung beliau, premis yang pernah dikunjungi oleh sejumlah besar pengunjung yang positif Covid-19 akan diarahkan untuk ditutup.

1061751

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata kerajaan telah menggunakan sistem amaran awal yang dikenali sebagai Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) untuk mengenal pasti kawasan dan premis yang berpotensi tinggi untuk menyebarkan virus.

Menurut sumber, PKP selama dua minggu mungkin akan dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur, Penang, Johor dan Sarawak mulai esok.

Menurut mereka, PKP baharu ini bakal sama seperti PKP 2.0, yang dijalankan beberapa bulan lalu, di mana aktiviti ekonomi dibenarkan untuk beroperasi, namun sekolah ditutup. Majlis sosial dan agama juga tidak dibenarkan. Difahamkan, makan secara ‘dine-in’ di restoran juga bakal tidak dibenarkan.

Kebenaran Makan Di Restoran 1613642696

Menurut kenyataan satu sumber lain, PKP baharu mungkin berlangsung pada hari ini. Dia berkata, kerajaan perlu berhati-hati dalam melaksanakan PKP kerana ia bakal memberi kesan kepada sambutan Hari Raya, dan juga operasi bazar Ramadan.

Difahamkan, bazar Ramadan di negeri yang dikenakan arahan PKP perlu ditutup. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba telah mengumumkan perintah PKP di lima daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baru, Baling dan Kulim.

Sambutan Hari Raya berkemungkinan bakal sama seperti tahun lepas, di mana hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan berada dalam satu rumah.

Sumber: The Star

BACA: Haram Jika Langgar Larangan Rentas Negeri Beraya Di Kampung – Mufti WP

Cats 1

Sumber: The Star
Sumber: Sumber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.