in

Tragedi Kanak-kanak Di Indonesia Bun*h D*ri Kerana Kecewa Tak Cukup Duit Untuk Beli Keperluan Sekolah

Murid Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Indonesia dilaporkan telah membunuh dirinya sendiri baru-baru ini kerana mangsa yang masih bersekolah rendah kecewa tidak mempunyai wang yang cukup untuk pembiayaan persekolahannya.

Menurut laporan CNN Indonesia, susulan itu, kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia.


Difahamkan, mangsa kecewa kerana keluarganya tidak mampu membelikan buku dan alat tulis serta membayar wang persekolahannya sebanyak 1.2 juta Rupiah setahun.

Kanak-kanak itu bersekolah di sekolah rendah kerajaan di Nusa Tenggara Timur.

Murid Sekolah Indonesia
Gambar sekadar hiasan

Artikel berkaitan : “Kenapa kereta tu langg*r teacher” – Rapat Dengan Arwah Guru, Murid Menangis Dapat Tahu Meninggal Dunia

Difahamkan lagi, meskipun wang untuk persekolahannya itu boleh dibayar secara beransur-ansur, namun kesusahan keluarganya tetap menjadikannya pembayaran secara ansuran juga sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

Ibunya telah membayar sebanyak 500 ribu Rupiah untuk semester pertama dan terdapat baki sebanyak 720 ribu Rupiah lagi yang perlu dibayar untuk semester kedua.

Rata-rata pengguna media sosial negara itu menyifatkan kejadian tersebut sebagai tragedi yang menyayat hati.

Sumber CNN Indonesia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.