in

Tragedi Itaewon: Ketua Polis Seoul Disoal Siasat

F1 Tsrh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung bulan Oktober lalu, kita dikejutkan dengan berita kematian beratus-ratus nyawa di Itaewon, Seoul akibat rempuhan yang terjadi ketika sambutan Halloween di situ.


3

Semalam, Ketua Polis Seoul iaitu Kim Kwang-ho telah dipanggil ke ibu pejabat pasukan penyiasat khas di barat Seoul untuk disoal siasat berkenaan tragedi itu.

Memetik laporan Yonhap News Agency, ketua polis itu dipanggil untuk disoal siasat dan dia juga mungkin akan didakwa atas tuduhan kecuaian profesional.

Ini kerana tragedi tersebut telah mengakibatkan seramai 158 individu meninggal dunia.

Ketika ditanya oleh wartawan ketika ketibaannya di ibu pejabat itu, Kim hanya mengatakan bahawa dirinya akan memberi kerjasama yang baik.

2

Dia juga sedia untuk disiasat dan tidak akan menyembunyikan atau menambah sebarang fakta.

Difahamkan, Kim merupakan pegawai polis dengan pangkat tertinggi yang telah dipanggil untuk disoal siasat setelah pasukan penyiasat khas itu telah memperoleh waran untuk menangkap empat orang pegawai atasan polis.

Empat orang individu terbabit ialah Lee Im-jae iaitu bekas Ketua Balai Polis Yongsan yang bertanggungjawab menjaga daerah Itaewon, Kim Jin-ho, bekas pegawai perisik di balai polis Yongsan, Park Sung-min, bekas pegawai atasan bahagian perisikan dan Song Byung-joo yang merupakan bekas pegawai bahagian pemantauan kecemasan di balai polis yang sama.

Namun, buat masa ini, hasil soal siasat tersebut masih belum didedahkan kepada umum.

Sumber: Yonhap News Agency

Baca: Tragedi Itaewon: Mangsa Terselamat Kongsi Detik Cemas Semasa Insiden Rempuhan Berlaku 

1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.