in

Tragedi Itaewon: Ini Apa Yang Korang Boleh Buat Untuk Elak Rempuhan Ketika Hadiri Acara Besar

Collage 73

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tragedi yang berlaku di Itaewon, Seoul, Korea semalam telah mendapat perhatian seluruh dunia. Rempuhan yang berlaku ini telah menyebabkan lebih 150 maut akibat sesak nafas dan dipijak.

Untuk pengetahuan korang, ini merupakan acara Halloween pertama yang dibuat di Korea selepas tiga tahun dihentikan gara-gara pandemik.


Kejadian rempuhan seperti ini bukanlah benda baru yang berlaku, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja lebih-lebih lagi ketika menghadiri acara besar-besaran.

Ekoran ini, seorang pengguna Twitter telah kongsikan apa yang kita boleh buat sekiranya kita terlibat dalam insiden seperti ini.

Cara Elak Rempuhan Ketika Hadiri Acara Besar

1. Pastikan tahu jalan keluar

Ketika korang hadir ke konsert atau apa-apa acara yang besar, pastikan korang tahu mana pintu-pintu keluar dari tempat tersebut. Ini kerana, jika keadaan tempat tu menjadi terlalu sesak, pintu keluar utama mungkin bukan satu pilihan yang baik.

2. Belajar cara lihat kepadatan orang

Secara idealnya, satu kaki persegi adalah untuk satu orang. Jadi, korang kena sentiasa aware dengan jumlah penonton dalam sesuatu tempat.

Bila dah nampak satu kaki persegi dah memuatkan tiga orang, korang kena sentiasa memerhati dan bila bilangan dah mencecah ke jumlah maksimum iaitu 5 orang per kaki persegi, ini adalah masa untuk korang tinggalkan tempat tersebut.

Jika satu kaki per segi ada enam orang, risiko untuk berlakunya rempuhan akan meningkat. Korang boleh tengok gambar dekat bawah ni.

Screenshot 2022 10 31 At 6.02.23 Pm

3. Memahami di mana biasanya berlaku rempuhan

Kalau korang tengok balik berita-berita mengenai insiden rempuhan seperti yang berlaku di Itaewon ini, rata-ratanya ia berlaku di tempat yang kecil dan sempit seperti lorong kecil, moshpits atau jalan menghala ke luar.

Oleh itu, lebih baik untuk korang tinggalkan tempat tersebut lebih awal dari orang lain untuk memastikan korang tak keluar ketika orang lain tengah keluar.

4. Beri amaran

Biasanya, tragedi rempuhan ini berlaku di tempat yang bising dan orang di luar tak tahu apa yang sedang berlaku. Jadi kalau boleh, korang cari tempat yang tinggi dan cuba beritahu orang yang menguruskan majlis untuk hentikan muzik dan buat orang ramai sedar.

5. Pastikan ada ruang di sekitar dada

Jika korang terperangkap dan ruang di sekitar semakin padat, pastikan korang buat ruang di dada menggunakan tangan bagi mengelakkan dada korang dari ditekan.

6. Jangan buka beg

Biasanya, kalau korang terperangkap benda pertama yang korang akan buat adalah untuk buka beg dan letak di lantai bagi memberikan ruang kepada orang lain. Ini adalah sangat bahaya kerana ada orang yang akan jatuh dan berisiko untuk dirempuh.

7. Jangan jerit dan tolak

Fgs2Yjtagac3Abt

Kalau korang mula panik dan bertindak kasar dengan menolak orang, perangai ni boleh berjangkit dan buatkan orang lain pun buat benda yang sama. Jadi, pastikan korang sentiasa tenang dan bergerak mengikut arus orang ramai. Ingat jangan cuba lawan arus!

8. Jangan jatuh

Ini juga antara perkara paling penting. Pastikan badan korang sentiasa tegak dan tak jatuh. Ini kerana, bila korang jatuh, akan ada orang yang jatuh atas korang atau panjat korang dan peluang untuk bangun semua memang sangat-sangat tipis.

9. Elakkan dinding

Ketika rempuhan berlaku, orang yang mati kerana sesak nafas adalah disebabkan mereka ditolak ke arah objek yang solid seperti lantai, pagar atau dinding. Jadi, cuba elakkan dari berada berhampiran dinding.

10. Hanya bantu orang bila boleh

Ketika dalam keadaan sesak dan ada orang jatuh, korang tengok risiko yang boleh dialami dulu. Kalau korang memang boleh bantu orang yang hampir jatuh, korang patut bantu tapi kalau korang sendiri tak stabil dan ada risiko terjatuh dan dihempap, ini boleh menyebabkan korang pun akan terjatuh.

Dekat bawah ni, ada video stimulation yang menunjukkan macam mana rempuhan di Itaewon boleh berlaku.

So harapnya sedikit sebanyak, ia dapat membantu korang memahami dan elak perkara yang sama berlaku di masa hadapan.

 

Baca: Insiden Rempuhan Di Itaewon: Rupanya Pernah Banyak Berlaku Di Negara Lain!

Ftcyvubhijo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.