in

Insiden Rempuhan Di Itaewon: Rupanya Pernah Banyak Berlaku Di Negara Lain!

Ftcyvubhijo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia dikejutkan dengan berita yang agak menyedihkan iaitu mengenai insiden rempuhan yang berlaku di Itaewon, Korea Selatan semasa sambutan Hari Halloween dengan mengorbankan lebih daripada 100 jiwa yang datang dari pelbagai negara.


Insiden itu difahamkan merupakan insiden kedua yang terburuk dihadapi oleh negara tersebut selepas berlakunya insiden feri Sewol yang tenggelam pada tahun 2014, mengorbankan 304 jiwa dengan 250 orang adalah daripada pelajar sekolah tinggi.

Tapi, sebenarnya sebelum ini pun rupanya pernah berlaku insiden yang hampir sama dengan kejadian yang berlaku hujung minggu lalu di negara-negara lain sehingga turut mengorbankan ramai orang.

Rupanya pernah banyak berlaku di negara lain

Selain daripada apa yang berlaku di Itaewon, negara-negara lain juga turut pernah terkena tragedi yang boleh dikatakan agak menyayat hati. Ramai yang tak sangka hanya kerana terperangkap dalam kerumunan orang ramai pun boleh menyebabkan maut.

Mari min kongsikan beberapa insiden rempuhan yang pernah berlaku…

Tragedi Hillsborough 1989

96 orang maut dan sekurang-kurangnya 200 tercedera dalam rempuhan yang berlaku semasa perlawanan suku akhir bola sepak English F.A. antara Liverpool dengan Nottingham Forest di stadium Hillsborough, Sheffield. Punca kejadian berlaku kerana jumlah penonton yang terlalu ramai sehingga ada yang tersepit dan tersangkut di sebalik penghadang.

Hillsborough Disaster

Hillsborough 1

Tragedi terowong al-Muassim di Mekah 1990

Insiden berlaku di dalam sebuah terowong al-Muassim yang menghubungkan dari Mekah ke Mina dan ke Padang Arafah yang mengorbankan 1,426 jemaah haji. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku apabila jambatan pejalan kaki itu bengkok dan menyebabkan tujuh orang terjatuh dari jambatan dan menimpa orang ramai yang keluar dari terowong.

Terowong tersebut juga telah melebihi had maksimum yang sepatutnya dihadkan kepada 1,000 orang telah menjadi 5,000 orang. Ramai yang terkorban adalah daripada rakyat negara  Malaysia, Indonesia dan Pakistan. Difahamkan, 80% peratus maut di luar terowong dan 20% ataupun kira-kira 285 orang terkorban di dalam terowong.

Hajj Disasters Ss 5

Embed 01 Mag 0218 Mecca Disaster

Insiden rempuhan di kuil Mandher Devi 2005

300 orang penganut Hindu difahamkan maut dalam insiden rempuhan di kuil Mandher Devi selepas berlaku satu kebakaran gerai tepi jalan dimana pada waktu itu lebih 150,000 orang sedang melakukan upacara keagamaan tahunan di kuil tersebut yang terletak di atas bukit berhampiran Wai, kira-kira 260 kilometer daripada Bombay.

8C9376438 131014 Stampede 614A

Insiden Love Parade di Jerman 2010

21 orang maut semasa berlangsung festival muzik Love Parade di Duisburg, Germany dan kebanyakan daripada mereka maut kerana lemas dan sesak nafas dalam kerumunan orang ramai. 652 orang juga dilaporkan cedera semasa festival tersebut berlaku.

19164506 401

Übersichtskarte Loveparade Duisburg 2010

Insiden rempuhan di Phnom Penh 2010

Insiden rempuhan berlaku semasa berlangsungnya festival air yang diadakan bertujuan untuk menyambut pengakhiran musim monsun di Phnom Penh, Cambodia. Kejadian itu telah mengorbankan 347 orang dan 755 lagi tercedera akibat rempuhan yang berlaku.

Menurut saksi yang hadir ke festival itu, kejadian berdarah tersebut berlaku kerana terlalu ramai yang menuju ke arah jambatan tersebut sehingga berlaku tolak-menolak and ada yang dipijak menyebabkan ramai terkorban.

1 216 800X445 1

23Stampede Span Jumbo

Kejadian kebakaran di kelab malam Kiss di Brazil 2013

Kebakaran berlaku pada jam 2 pagi di sebuah kelab malam di Brazil dengan mengorbankan 245 jiwa dan 630 yang tercedera dalam kejadian tersebut. Situasi panik berlaku apabila difahamkan ada saksi yang melihat percikan api yang datang daripada flare oleh sebuah kumpulan muzik yang sedang membuat persembahan di atas pentas.

Ramai yang berpusu-pusu untuk menyelamatkan diri dan mencari jalan keluar sehingga terpaksa bertolak-tolak. Menurut laporan, tiada pintu kecemasan dan jumlah pengunjung yang melebihi had maksimum menjadi punca kepada ramai jiwa terkorban.

Boate Kiss 2013.02.04. 10

44150 2022 32 Fig4 Html

Insiden rempuhan di Meron, Israel 2021

45 orang maut dalam kejadian upacara keagamaan di Mount Meron, Israel dan 150 tercedera dan kebanyakannya kritikal sehingga membawa insiden yang paling berdarah dalam sejarah negara tersebut.

Difahamkan, 100,000 orang telah menghadiri ke upacara tersebut dan punca insiden berlaku kerana ada yang terjatuh daripada tangga dan terlalu ramai pengunjung sehingga tidak boleh dikawal.

Hundreds Of Thousands Of Haredim Celebrate The Lighting Of Bonfires On Lag Bomer On Mt. Meron April 29 2021. 1200X900 1

Images

Insiden rempuhan di Festival muzik Astroworld 2021

Sekurangnya 10 maut dan ramai yang tercedera dalam insiden rempuhan di festival muzik Astroworld yang berlangsung di Houston, Texas. Situasi panik berlaku apabila berlangsungnya acara pembukaan oleh Travis Scott yang membawa ramai penonton yang bertolak-tolak untuk ke hadapan pentas.

Walaubagaimanapun, Travis Scott telah membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram kerana mengendahkan kejadian tersebut berlaku.

Newspress Collage 20055502 1636218762751

E9Cbdced 434C 4491 90B6 C4695Dea40D2 1140X641

Tragedi Stadium Kanjuruhan di Indonesia 2022

Seramai 135 orang terbunuh dan 583 tercedera semasa berlangsungnya perlawanan bola sepak antara Arema dan Persebaya di Stadium Kanjuruhan, Indonesia. Situasi panik bermula apabila pihak polis bertindak melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan ramai penonton lari bertempiaran mencari jalan keluar.

Disebabkan jumlah penonton yang melebihi kapasiti dan pintu keluar yang terhad, ramai yang terkorban akibat dipijak dan sesak nafas akibat gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak polis. Insiden tersebut dicatatkan sebagai insiden kedua terbesar dalam sejarah bola dunia setelah tragedi Estadio Nacional di Peru berlaku.

5 Fakta Kronologi Tragedi Yang Menewaskan Ratusan Orang Di Stadion Kanjuruhan Ini Awal Mulanya 90Jvnhtfkf

633930F9C4887 Insiden Kerusuhan Supporter Di Stadion Kanjuruhan Malang 665 374

Semoga kita mengambil pengajaran dengan tragedi berlaku dan sentiasa berjaga-jaga lebih-lebih lagi menghadiri upacara keramaian seperti ini…

Baca: “Bertukar tragedi”- Lebih 140 Maut Ketika Sambutan Halloween di Seoul Akibat Rempuhan

Screenshot 2022 10 31 At 4.17.04 Pm

Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.