Cantik dan manis pada hari perkahwinan bukan saja terletak pada pilihan gaun ataupun busana pengantin. Bahkan sentuhan solekan yang sesuai juga banyak membantu menaikkan aura seri pengantin.
Pun begitu, berbeza pula dengan tradisi perkahwinan sebahagian masyarakat Jawa yang dilihat pelik dan unik bagi masyarakat hari ini.
Tular di laman sosial satu rakaman video yang memaparkan seorang pengantin perempuan yang siap bersolek dihembus dengan asap rokok oleh mak andam.
https://twitter.com/sourskittlesz/status/1626867866795667458?s=20
Difahamkan video tersebut berlaku di Indonesia menerusi pakaian pengantin perempuan itu. Mak andam tersebut menghisap rokok lalu menghembus ke seluruh wajah pengantin perempuan dan dilakukan beberapa kali.
Video berkenaan telah meraih perhatian netizen yang terkejut melihat tindakan mak andam terbabit sehingga mencetuskan tanda tanya di sebalik perbuatan itu.
Menurut Profesor Sains Kebudayaan dari Universiti Sebelas Maret (UNS) Surakarta, Profesor Dr Bani Sudardi M Hum, amalan tersebut merupakan sebahagian daripada kebudayaan masyarakat Jawa.
Memetik sumber Tribun News, perbuatan itu dipanggil ‘sembogo’ yang merupakan sejenis doa atau mantra untuk memohon keselamatan buat pengantin perempuan.
Perkataan sembogo atau sembaga diambil daripada warna kulit Jawa yang ideal yang berwarna kuning keemasan. Menurut tradisi Jawa, warna kulit yang baik adalah campuran emas dan tembaga.
Jelasnya, tradisi sembogo dilakukan untuk mencantikkan si pengantin dan mengindahkan wajahnya ketika majlis perkahwinan. Bak kata orang sekarang, muka nampak glowing.
Budaya tersebut telah dilakukan oleh masyarakat Jawa sejak berabad lamanya. Aura pengantin akan kelihatan berbeza selepas jurusolek melakukan ritual meniup asap ke wajah pengantin.
Tapi kalau pengantin sendiri tak tahan dengan bau asap macam mana pula ya?
Baca: Unik Habis! Majlis Kahwin Di Indonesia Ini Jemput ‘Raksasa’, Siap Ada Bom Asap Kuning Lagi