in

“Top 10!” – Kontinjen Malaysia Di Sukan Komanwel Lepasi Sasaran, Bawa Pulang 7 Pingat Emas!

Komanwel 2022

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas 11 hari, Sukan Komanwel edisi 2022 yang diadakan di Birmingham, England telah pun melabuhkan tirainya semalam.


Temasya sukan yang diadakan setiap empat tahun sekali itu menyaksikan persaingan daripada 72 negara-negara Komanwel dan setiap daripadanya menghantar sekurang-kurangnya seorang atlet dalam satu acara sukan.

Bonnie Flag Bearer

Sasaran enam pingat emas diletakkan buat kontinjen Malaysia dan tahun ini sebuah lagi sejarah dilakarkan dalam pentas Sukan Komanwel selepas atlet negara kita berjaya melepasi sasaran tersebut dan mendapat 7 emas.

Selain itu, atlet-atlet Malaysia juga berjaya membawa pulang 8 pingat perak serta 8 pingat gangsa,  ini menjadikan 23 pingat telah disumbangkan oleh kontinjen Malaysia.

Berikut adalah acara dan pingat yang dapat dikumpul oleh wira dan wirawati negara;

Emas

Badminton

Malaysia Team Photo 2000X1125 1

Berpasukan Campuran: Chan Peng Soon, Aaron Chia, Ng Tze Yong, Soh Wooi Yik, Tan Kian Meng, Cheah Yee See, Goh Jin Wei, Lai Pei Jing, Pearly Tan, M. Thinaah

Beregu Wanita: Pearly Tan-M. Thinaah

Para powerlifting

Lightweight: Bonnie Bunyau Gustin

Gimnastik berirama

Bola, reben (dua emas): Ng Joe Ee

Angkat Berat

Bawah 55kg Lelaki: Aniq Kasdan

Angkat berat

Bawah 61kg Lelaki: Aznil Bidin

Perak

Badminton

Perseorangan lelaki: Ng Tze Yong

Terjun

Nur Dhabitah Sabri Maddison Keeney Dari Australia Dan Mia Jolie Doucet Vallee Dari Kanada Bernama

3m papan anjal individu wanita: Nur Dhabitah Sabri

Papan anjal 3m wanita seirama: Nur Dhabitah Sabri, Wendy Ng

Papan anjal 3m lelaki seirama: Syafiq Puteh, Gabriel Gilbert Daim

Boling Padang

Women Triples: Azlina Arshad, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman, Nur Ain Nabilah Tarmizi

Pingpong

Beregu campuran: Choong Javen, Karen Lyne

Pasukan wanita: Ho Ying, Tee Ai Xin, Karen Lyne, Alice Chang

Angkat berat

Bawah 73kg Lelaki: Erry Hidayat

Gangsa

Badminton

Beregu lelaki: Aaron Chia, Soh Wooi Yik

Beregu campuran: Tan Kian Meng, Lai Pei Jing

Terjun

3m papan anjal bercampur seirama: Syafiq Puteh, Nur Dhabitah Sabri

Judo

Bawah 73kg Lelaki: Amir Daniel Abdul Majeed

Boling Padang

Perseorangan wanita: Siti Zalina Ahmad

Berbasikal Trek

Fw1249687 Eng23 30072022 Komanwel Birmingham Lpr

Keirin lelaki: Shah Firdaus Sahrom

Gimnastik berirama

Belantan: Izzah Amzan

Skuasy

Beregu wanita: Rachel Arnold, Aifa Azman

Tahniah Team Malaysia!

Baca: “Saya tak 100% fit” –  Pandelela Luah Rasa Sedih Tak Dapat Bawa Pulang Pingat Sukan Komanwel

Pandelela Rinong Sedih Tak Dapat Bawa Pulang Pingat

Sumber: All England
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.