in

[TONTON] Budak 8 Tahun Berani Lawan 4 Perompak Curi Duit Datuknya

Budak Berani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak marah kan kalau orang tersayang terutamanya ahli keluarga kita sendiri jadi mangsa rompakan? Tapi sejauh mana keberanian kita untuk tolong saat jenayah tu berlaku depan mata kita sendiri?


Bagi kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun ni, dia tidak berfikir panjang dan terus ambil tindakan yang sangat berani bagi seseorang seusianya. Menurut Nextshark, satu rakaman CCTV menunjukkan kejadian ragut yang berlaku di kawasan perumahan di General Trias, terletak di daerah Cavite, Filipina.

Rakaman yang mendapat perhatian ramai tu menunjukkan kanak-kanak tu menjadi heroin apabila dia memberanikan diri untuk menghalang perompak bersenjata yang cuba merompak seorang lelaki warga emas.

Posted by Bhing Bernabe Minia on Thursday, September 27, 2018

Empat perompak tu sedang merompak warga emas yang juga datuk kepada kanak-kanak tersebut menyebabkan dia tampil untuk menghalang mereka semua daripada melarikan diri. Bukan tu je, pada ketika tu, datuknya malah diacukan pistol ketika barangan berharga dirompak.

Ketika kesemua perompak tu cuba melarikan diri dengan barangan yang dicuri termasuklah wang tunai, kanak-kanak tu cuba untuk menghalang dan berjaya tarik beg berisi wang tunai yang cuba dibawa lari.

Posted by Bhing Bernabe Minia on Thursday, September 27, 2018

Malangnya, salah seorang perompak tu berjaya ambil balik beg yang dirampas dan terus lari. Apa yang mengagumkan lagi, kanak-kanak tu tak berputus asa, terus bangun dan kejar semula perompak tu yang cuba nak lari menaiki motosikal. 

Lawan

Beg

Dia kemudian dirempuh sebelum kesemua perompak tu berjaya larikan diri. Disebabkan tu, kanak-kanak berani tersebut alami kecederaan di bahagian kepala. Neneknya akui sudah menjerit supaya dia tidak terus mengejar perompak tu kerana takut akan tercedera. Tapi disebabkan keberanian dan azam dia untuk bantu datuk, dia tetap terus kejar mereka.

Dia tetap berkeras mahu mengejar pencuri dan benar-benar melawan mereka dengan berani … tetapi akhirnya mendapat kecederaan kepala.”

Kejar

Apabila ditanya wartawan tempatan ketika dirawat di hospital, dia menjawab yang niatnya hanya mahu membantu datuknya. Alahai, baiknya cucu…

Saya tahu dia (datuk) bekerja keras untuk dapatkan duit tu tetapi ada orang mahu mencuri (wang) darinya.”

Kes kini dalam siasatan pihak polis dan menurut mereka kesemua perompak dah ‘usha’ tempat tu sebelum melakukan jenayah tersebut.

Admin salute adik ni, berani sungguh! 

Baca: ‘Co-Worker’ Lain Selamatkan Diri, Pemuda Ini Gadai Nyawa Selamatkan Ratusan Orang Daripada Tsunami

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.