Seperti yang kita sedia maklum dengan pemergian seorang pendakwah Datuk Ismail Kamus kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi, lapor Berita Harian.
Perkara itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah berkenaan. Ramai yang tak putus-putus memberikan ucapan takziah kepada keluarga arwah. Namun ada pula perkara kurang manis yang timbul.
Tolong delete, kami sekeluarga hanya sebarkan pada keluarga terdekat. Lagipun gambar ini pada malam dia masih hidup. Tolong ya”
Di Twitter, ada gambar yang tersebar luas di media sosial berkenaan dengan gambar arwah, menurut anak saudara arwah Muhamad Zainul Arifin, gambar itu dikongsikan untuk ahli-ahli keluarga terdekat sahaja.
Bahkan, gambar yang dikongsikan itu ketika arwah masih hidup. Menurut individu yang kongsikan gambar tersebut dia dapat gambar ini daripada anak arwah sendiri.
Bagaimanapun gambar itupun telah pun dipadamkan, ramai netizen tak henti-henti menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah buat ahli keluarga ini di ruangan komen.
Sumber memaklumkan bahawa Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman di Ampang.
EXCO Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh menjelaskan arwah telah dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaan kesihatan yang agak lemah.
Pendakwah itu kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama dan didapati terdapat jangkitan di bahagian paru-paru.
Baca : “Indahnya, pergi di hari Jumaat pada bulan yang mulia” – Ustaz Dato’Ismail Kamus Meninggal Dunia