“Tolong respect kerja kitaorang” – Wartawan ‘Sound’ Individu Menyamar Jadi Orang Media Sebab Nak Makan & Powerbank Free

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Hari ini merupakan hari ketiga berkenaan dengan khabar berita kemelut politik yang berlaku di negara kita, secara tidak langsung pihak media yang menjalankan tugas mereka juga ‘berkampung’ dihadapan pintu 2 Istana Negara.

Sanggup menunggu dibawah panas terik dalam menjalankan tugas mereka itu membuatkan Agong sendiri berkenan untuk berikan ‘bantuan’ dari segi makan minum untuk mereka.

Namun begitu ada pihak yang cuba nak ambil kesempatan.

 

Tolong hormat kerja tugas dan tanggungjawab kami”

Seperti yang kita sedia maklum sejak semalam bermacam-macam jenis makanan dan minuman diberikan kepada mereka malah siap dapat power bank percuma lagu untuk memudahkan mereka menjalankan tugas.

Menurut Mohd Faizal Hassan, ada pihak yang tak bertanggungjawab cuba menyamar jadi ‘orang media’ semata-mata nak menikmati makanan dan barang percuma yang mereka sediakan.

Kesian dekat kawan2 yang dari Subuh dah terpacak. Datang puak2 ni nak meriahkan majlis. Ingat ada pesta agaknya.”

Disebabkan itu ramai yang berpakat supaya mereka kena gunakan pass atau tag yang menunjukkan mereka ini wartawan supaya dapat cegah daripada individu-individu yang cuba ambil kesempatan ini.

Malah, netizen juga berpakat untuk kecam mana-mana warganet yang cuba kongsikan post di media sosial selain daripada rakaman media.

Aduhai, masih wujud lagi orang-orang mentaliti kelas ketiga macam ni.

 

Baca : Semalam Rombongan BN & PAS Naik Bas Sekolah, Hari Ni Rombongan MP PKR Naik Bas Hop On Hop Off Ke Istana Negara!

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?