in

“Tolong cari sampai dapat!” – Wanita Parah Disamun Penjenayah, Alami Kecederaan Patah Tulang Hidung & Retak Tulang Pipi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin pun tak tahulah sampai bila jenayah samun dan ragut ini nak berkesudahan. Lebih menyedihkan apabila mangsa yang disamun ialah mereka yang lemah dan tak berdaya macam kes di Pulau Pinang ini.


Menerusi perkongsian Penang Kini, seorang wanita alami kecederaan teruk gara-gara disamun penjenayah dekat sebuah kawasan perumahan yang berdekatan dengan pondok polis Ayer Putih, Ayer Hitam. 

Puan Liza, seorang staf di SK Balik Pulau katanya jatuh motor semasa dalam pergelutan dengan penjenayah yang cuma menarik beg tangannya.

Akibat daripada jatuh motor, wanita terbabit alami keretakan tulang muka di dahi, patah tulang hidung serta keretakan pada rusuk dan siku. Allahuakhbar! 

Dia juga katanya terpaksa menjalani pembedahan segera akibat daripada kecederaan tersebut.

Tolong cari penjenayah ni sampai dapat!Puan Liza pembantu pra SK Balik Pulau jatuh motor kerana cubaan samun dimana…

Posted by Penang Kini on Rabu, 12 Ogos 2020

 

Posting tersebut telah mengundang rasa marah netizen kepada penyamun serta pada masa yang sama netizen juga bersimpati dengan nasib wanita tersebut.

Menerusi ruangan komen, anak mangsa sempat berterima kasih kepada mereka yang mendoakan ibunya dan memberi peringatan supaya orang ramai janganlah meletakkan barang di dalam raga motor sebagai langkah berhati-hati.

Dalam pada itu, ibunya juga dalam keadaan baik-baik sahaja dan bakal menjalani pembedahan hidung serta bahagian lain yang alami keretakan itu tidak lama lagi.

Bagi mereka yang mempunyai info berkaitan kes ini, korang boleh je hubungi pihak polis segera. Semoga Puan Liza cepat sembuh. 

Baca: “Padan muka!” – [VIDEO] Peragut Kecundang Dikejar & Dirempuh Mangsa

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.