Orang ramai dinasihatkan untuk memberitahu perkara sebenar sama ada mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau pun mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif Covid-19 atau tak. Jika masyarakat tak berikan kerjasama ianya akan menyusahkan pelbagai pihak macam yang berlaku di salah sebuah Jabatan Pesakit Luar ni.
Menurut posting KKM Putrajaya menerusi akaun Twitter rasmi, pihak KKM merayu agar sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan rawatan di semua fasiliti kesihatan untuk bersikap jujur.
Jika mempunyai simptom wabak Covid-19 mereka perlu contact Pejabat Kesihatan Daerah terdekat dulu untuk mengetahui fasiliti kesihatan yang patut dikunjungi.
Para frontliner perlu membuat kerja pembersihan setelah mendapat tahu ada pesakit yang mendapat rawatan sebelumnya positif Covid-19. Dah jadi satu hal untuk diorang buat kerja-kerja pembersihan sedangkan masa itu boleh digunakan untuk merawat pesakit lain.
Netizen juga turut memberi reaksi dan cadangan tindakan yang perlu dilakukan kepada individu yang langgar peraturan dan tak jujur ni.
Tolong ikat orang-orang yang menipu ni
Mungkin kena buat pengumuman macam dulu-dulu
Dapat rasa kepenatan diorang, be strong!