Pelakon Datin Intan Najuwa tidak teragak-agak untuk membuang koleksi perkakas dapur berjenama mewah miliknya sekiranya terbukti produk itu termasuk dalam senarai pro-Israel.
Menurut Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, dia sanggup berbuat demikian walaupun sudah membuat semakan dalam talian mengenai jenama berkenaan.
“Adakah jenama ini dalam senarai boikot? Saya sudah menyemak di dua laman web tetapi jenama ini tidak tersenarai,” katanya sebagai respon kepada komen netizen yang menzahirkan kebimbangan sekiranya pelakon itu membeli produk pro-Israel.
Tambah Intan, dia turut meminta orang ramai menegurnya sekiranya tersilap memilih jenama.
“Tolong beritahu jika saya ada tersilap. Kalau jenama ini pro-Israel, saya akan membuang semuanya sekarang, serius,” ujarnya.
Terdahulu, Intan berkongsi video unboxing menunjukkan perkakas dapur seperti cerek, set cawan dan pinggan yang baru dibelinya.
@intannajuwaaa Unboxing periuk baru 😅
Namun, perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang risau jenama berkenaan mungkin menyokong Israel.
Kebimbangan tersebut turut menular di media sosial hingga tercetus gerakan yang menyeru untuk memboikot selebriti yang membeli, menyokong atau menggunakan produk pro-Zionis.
Sumber: TikTok