Semakin hari, semakin banyak berita yang kita dengar mengenai penindasan yang dilakukan China terhadap etnik Muslim Uighur.
Kezaliman yang dilakukan mereka seperti memasukkan etnik ini ke dalam ‘kem’ yang kononnya ingin mendisplinkan golongan tersebut semakin terbongkar. Kem tersebut bukan saja memisahkan hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa malah mereka juga katanya telah diseksa dengan teruk sekali di sana.
Tular video anak-anak Uighur minta bantuan dunia
Baru-baru ni, tular lagi satu video yang menunjukkan anak-anak dari etnik Uighur ini menangis dan merayu meminta bantuan selepas ibu bapa mereka ditangkap oleh China.
Menurut video tersebut, ibu bapa kanak-kanak ini telah ditangkap tanpa sebab dan ia sekaligus telah menjadikan anak-anak itu yatim piatu. Mereka tiada tempat untuk bergantung dan sangat merindui ibu bapa mereka.
https://www.facebook.com/Ahlan.011/videos/3436785073029912/
Apa yang dimohon anak-anak ini ialah untuk dunia bantu kembalikan ibu bapa mereka yang ditahan di China dan kekejaman seperti ini harus diakhiri dengan secepat mungkin.
“Kalian pasti dapat pertolongan dari Allah… China pasti kena azab nak”
Rata-rata netizen yang melihat video ini sangat tersentuh dengan rintihan anak-anak Uighur ini. Apa yang boleh kita lakukan ini hanyalah berdoa dan terus viralkan isu ini supaya ia mendapat perhatian dunia dengan lebih meluas lagi.
Sama-samalah kita doakan semoga mereka terselamat dan kekejaman ini dihentikan dengan segera.