in

TokTi Tunjuk Sisi Sebenar Dalam ‘Siti: Are You Ready?’, Mula Tayang Pada 30 Disember Ni!

Page Tokti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selama 25 tahun menempa nama dalam dunia hiburan, penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil TokTi akan muncul dalam filem dokumentari yang bertajuk ‘Siti: Are You Ready?’


Hasrat peminat TokTi iaitu Sitizoners untuk melihat persiapan di belakang tabir perjalanan Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour pada tahun 2018 semakin cerah kerana filem dokumentari tersebut akan mula ditayangkan pada 30 Disember 2021 ini.

Menurut mStar, ‘Siti: Are You Ready’ yang diarahkan oleh M. Azhar Rot dan juga Anz Izwan akan menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh TokTi sepanjang berlangsungnya konsert tersebut di tiga buah negara.

Mak Iti 3

Ujar TokTi, filem dokumentari tersebut akan menunjukkan sisi sebenar dirinya yang tak diketahui ramai malah situasi tegang yang melibatkan konflik TokTi bersama dengan pasukannya juga akan ditayangkan.

“Kami semua inginkan persembahan yang terbaik dan mahu konsert ini berjalan dengan lancar… Jadi semua yang ditunjukkan adalah benar. Terutamanya konflik yang kami perlu lalui sepanjang perjalanan konsert tersebut” – TokTi

Filem dokumentari itu juga menunjukkan cara bagaimana penyanyi tersebut menguruskan pasukannya ketika dilanda masalah dan perlu untuk diselesaikan dalam masa yang singkat.

Tambahnya lagi, banyak kisah yang tidak dapat dimasukkan ke dalam ‘Siti: Are You Ready?’ kerana agak sensitif namun TokTi berpuas hati kerana hasilnya membuahkan sesuatu yang positif.

Mak Iti 4

Filem dokumentari yang dianggap hadiah dari TokTi kepada peminatnya akan ditayang selama 80 minit di Astro First dan bagi yang berada di luar Malaysia seperti Brunei dan Indonesia, mereka juga boleh melanggan di platform Vimeo.

Tak sabarnya min nak tengok! Korang dah ready ke? Agak-agak kena ready tisu ke tak eh?

Baca: TokTi Hulur Duit Pada Frontliners Buat Beli Goreng Pisang, Peminat Puji ‘Kaya & Tak Lokek’

Untitled 1 15

Sumber: mStar
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.