in

Tokti & Datuk K Kena Kompaun RM10,000 Kerana Langgar SOP Majlis Tahnik, Menteri Agama Pula Dikompaun RM2,000

Siti Lagi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan kes dikatakan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa hari ini masing-masing telah dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.

Siti Nur

Menurut Berita Harian, perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed yang mana beliau memaklumkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri juga dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.


Selain Dr Zukifli, tiga penceramah bebas lain iaitu Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal juga dikenakan kompaun RM2,000 seorang.

Terdahulu, viral di media sosial beberapa gambar yang menunjukkan penyanyi tersohor negara itu dikatakan telah melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika mengadakan majlis tahnik pada 26 April lalu hingga menimbulkan kemarahan netizen di media sosial.

Rata-rata netizen juga pada masa yang sama mempersoal kehadiran Ustaz Azhar Idrus yang didakwa telah merentas negeri tanpa kebenaran dan keberadaan Menteri Agama yang dikatakan tidak sesuai di majlis tersebut.

Img 20210503 125325 Scaled 1

Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam satu kenyataan rasmi di media sosial juga telah memohon maaf atas apa yang berlaku hingga menyebabkan salah faham dan kekeliruan di kalangan orang ramai.

Harap-harap tiadalah kes begini berlaku lagi di kalangan selebriti dan mereka yang terkenal. 

Baca: “Tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku” – Tokti Beri Perjelasan Isu Langgar SOP Majlis Tahnik Anak

Siti 1

Sumber: Instagram
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.