in

Titip Ucapan Tahniah, Netizen Lega Mustapha Kamal ‘Confirmkan’ Gosip Perkahwinan Zainal Abidin & Fyna

Mustapha Kamal Bergambar Dengan Zainal Fyna Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, kecoh diperkatakan mengenai berita perkahwinan adik kepada penyanyi terkenal Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat dengan bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan.


Meskipun, Fyna sendiri sudah mengesahkan pernikahan tersebut dalam satu sidang media selepas persembahan mingguan Famili Duo beberapa minggu lalu, ramai yang masih ragu-ragu kerana belum melihat sendiri perkara itu di depan mata.

“All the best to both of you, tahniah” 

Namun segala khabar yang bertebaran akhirnya terjawab apabila pelakon Mustapha Kamal atau lebih dikenali sebagai ‘Papa Megah Holding’ memuat naik video di TikTok dia bertemu dengan Zainal Abidin Hassan.

Menurut Mustapha, Zainal merupakan sahabat lamanya dan pertemuan itu juga berlaku secara kebetulan yang mana Fyna Jebat juga ada bersama bekas jurulatih bola sepak tersebut.

@mustaphakamaal

Salam … What a coincidence.. just stumbled across the legend Zainal Abidin Hassan. An old friend. All the best to both of you, congratulations.

♬ We Are The Champions – Remastered 2011 – Queen

Salam… Sangat kebetulan. Saya terjumpa dengan lagenda Zainal Abidin Hassan. Seorang rakan lama. Saya doakan yang terbaik untuk kamu berdua, tahniah,” tulisnya.

“Kenapa baru percaya lepas tengok gambar ni” 

Video yang dimuat naik Mustapha telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata mengucapkan tahniah atas perkahwinan pasangan tersebut.

Zainal Kahwin Fyna

Apa-apapun selamat pengantin baru buat pasangan ini! 

Baca: Zainal Abidin Didakwa Berstatus Suami Orang Ketika Kahwini Fyna Jebat?

Fyna Dan Zainal Kahwin

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.