in

Tinggalkan Komen Berbaur Perkauman Tentang Konsert AR Rahman, Pemain Hoki Negara Mohon Maaf

Hanis Onn Perkauman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lepas, penyanyi dan komposer ternama dari India AR Rahman menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan menghiburkan seramai 60,000 orang penonton.


Konsert yang diadakan bersempena 30 tahun perjalanan karier muziknya itu turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Dr Wan Azizah Ismail, hadir sama Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Duta India ke Malaysia, BN Reddy.

Meskipun konsert itu berjalan dengan penuh meriah namun terdapat satu isu yang tular di media sosial apabila seorang pemain hoki wanita negara mengeluarkan komen berbaur perkauman berkaitan konsert berkenaan.

Atlet tersebut yang dikenali sebagai Hanis Onn meninggalkan komen di sebuah posting yang dimuat naik oleh Kosmo!.

Cats 61

Pun begitu, komen tersebut telah pun dipadam dan Hanis menerusi laman Twitter miliknya membuat permohonan maaf secara terbuka berkenaan kenyataannya itu.

Screenshot 2023 01 30 11 50 01 408 Com.twitter.android

“Dengan ini saya berasa menyesal di atas kecuaian saya dan dengan penuh rasa kesedaran sekali lagi saya memohon jutaan kemaafan kepada yang terkesan,” tulisnya.

Setakat artikel ini ditulis, Hanis telah menetapkan akaun Twitter miliknya ke mod private dan tiada lagi kenyataan lain berhubung isu ini.

Baca: PDRM Beri Amaran Tegas Terhadap Konten Berbaur Perkauman & Provokasi

Polis Beri Amaran Kandungan Provokatif Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.