Kata pujangga pernah mengatakan guru diibaratkan lilin, yang sanggup membakar dirinya untuk menerangi orang lain.
Itulah yang boleh digambarkan dengan sikap seorang guru di sebuah sekolah rendah di Indonesia ini kerana tindakannya yang sanggup membuang kutu rambut yang memenuhi kepala pelajar perempuannya.
Tindakannya itu telah meraih perhatian ramai setelah dikongsikan oleh seorang individu yang dipercayai juga seorang pendidik di TikTok zeraazzahra baru-baru ini.
https://www.tiktok.com/@zeraazzahra/video/7137472276252871962?is_from_webapp=v1&item_id=7137472276252871962&web_id=7116325663083382274
Dapat dilihat dalam video yang berdurasi selama 20 saat itu bahawa seorang guru telah memotong rambut pelajar berkenaan sehingga pendek paras leher agar dapat mengurangkan pembiakan kutu di kepalanya.
Video itu juga ditemani dengan kapsyen yang berbunyi seperti berikut,
Guru tidak hanya mengajar anak didik, tetapi juga perlu menjaga kesihatan dan kebersihan anak-anak didiknya,’ katanya.
Melihatkan begitu banyak kutu yang jatuh setelah disikat menyebabkan ada segelintir netizen yang tertanya-tanya mengapa ibu bapa pelajar itu tidak mengendahkan keadaan rambut anaknya.
Kita bersangka baik je lah, mungkin mak ayahnya memang sibuk bekerja.
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen memuji sikap cikgu-cikgu tersebut yang sanggup membuang kutu-kutu itu.
Bagus buat macam ni sebelum kutu-kutu tu berjangkit kat pelajar lain dalam kelas, lagi naya kalau jadi macam tu.
Sumber: TikTok zeraazzahra
Baca: “Boleh cuba”- [VIDEO] Wanita ‘Share’ Tips Halau Kutu Beras Guna Bawang Putih