in

“Tindakan bodoh untuk tukar PM lepas Anwar bebas”

Image 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kami tahu penyokong kat luar sana dah tak sabar-sabar lagi menantikan pembebasan Anwar yang sekaligus jadikan beliau PM in waiting selepas Tun Mahathir meletak jawatan nanti. Tapi korang rasa wajar tak sebaik saja Anwar bebas dari penjara, dia akan mengambil jawatan Tun M dan terus menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8?


Mahathir Anwar Ditangkap Polis Compressed
sumber: blog

 

Tun M patut memerintah sekurang-kurangnya 2 tahun

Menurut Malay Mail, Tun Daim menyifatkan tindakan tu satu tindakan bodoh kerana peralihan kuasa lebih baik dilakukan ketika Perdana Menteri sudah memerintah lebih kurang dua tahun atau pertengahan penggal lepas pilihan raya.

“Peralihan kuasa mestilah di pertengahan penggal (mid-term). Kalau kita hancurkan janji kepada rakyat, tak ada siapa lagi yang percayakan kita. Ia satu tindakan bodoh bagi sesiapa yang nak ubah PM sekarang,” katanya dalam satu interview.

Download 1
sumber: reuters

Timeline peralihan kuasa ni jugak dijangka akan berlaku pada tahun 2020 yang mana Tun M sendiri mengaku yang beliau perlukan lebih kurang dua tahun untuk selesaikan masalah yang ditinggalkan pentadbiran bekas PM Najib. Haa korang ingat senang ke nak selesaikan semua satu-satu?  

 

Tun Daim berjumpa Anwar untuk sampaikan mesej

Dalam satu kenyataan Tun Daim kepada akhbar Singapura, beliau jugak mengakui telah berjumpa dengan Datuk Seri Anwar untuk menyampaikan mesej bahawa, “Kamu semua telah berusaha dalam banyak pilihan raya dan kalah. Sama ada kamu suka atau tak, Mahathir berjaya.” 

Mahathir Daim
sumber: blog

Anwar Ibrahim yang dijangka akan bebas esok (16 Mei) selepas menjalani hukuman penjara 5 tahun akan kembali ke kancah politik bersama-sama Tun M dalam membentuk Malaysia baru. Apa-apapun kita doakanlah semoga kepimpinan Tun M dan Anwar akan membuahkan sesuatu yang baik kepada Malaysia.

Plot drama politik Malaysia makin menarik! Kita sama-sama tunggu dan lihat. 

Baca: Anwar Perlu Masa Sebelum Kembali Aktif Dalam Politik 

Page Anwar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.