in

Anwar Perlu Masa Sebelum Aktif Dalam Politik

Page Anwar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan menangnya parti pembangkang dalam PRU14 baru-baru ini, ramai yang tertanya-tanya bilalah Datuk Seri Anwar Ibrahim nak kembali dalam dunia politik.


Lagi-lagi dengan naiknya isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah selaku Timbalan Perdana Menteri perempuan yang pertama di Malaysia, pastinya ramai yang ternanti-nanti saat pembebasan serta kepimpinan Anwar pula.

Anwar
sumber: al-jazeera

 

Anwar perlukan masa sebelum bergiat aktif dalam politik

Wan Azizah Wan Ismail 260517 Tmiseth 01 Full
sumber: the malaysian insight

Menurut Malaysiakini, Presiden PKR itu berkata tiada tempoh masa untuk Anwar bergiat semula dalam politik kerana beliau sememangnya memerlukan masa untuk berehat sebelum kembali bergiat aktif.

“(Soal) pentadbiran tu saudara Anwar memang biasa menjadi pentadbir sampai jadi pemangku perdana menteri, namun (kali ini) biar dia baik dulu dan kerajaan baru angkat sumpah setia pada negara.”

 

Biarkan peralihan kuasa berjalan dengan aman dulu

Ujar beliau lagi, lebih baiklah proses peralihan kuasa berjalan dengan aman damai serta mengalami healing process sebelum Anwar mengambil bahagian secara aktif dalam politik tanpa menyatakan untuk tempoh berapa lama.

Anwar2
sumber: malaysiakini

 

Lembaga Pengampunan akan bermesyuarat

Sementara itu, pada hari Rabu, Lembaga Pengampunan akan bermesyuarat mengenai pembebasan Anwar dan sejurus beliau dibebaskan, satu majlis akan diadakan bagi menyambut pembebasannya.

Anwar pun kini masih menerima fisioterapi bagi kecederaan yang dialami di bahu kanan selepas kenderaan Jabatan Penjara Sungai Buloh yang membawa beliau terlibat dalam kemalangan.

H
sumber: malaysiakini

Besoklah pembebasan Anwar.

Baca: TV3 Kena Bayar RM1.1 Juta Sebab Fitnah Anwar Ibrahim

Tv3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.