in

Tikus Dijumpai di Dalam Pemanas Makanan 7-Eleven

Page 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar seekor tikus berada di dalam pemanas makanan di sebuah kedai serbaguna di Kelana Jaya menjadi viral di laman Twitter sejak semalam. Lebih dahsyat lagi, tikus itu sedang memakan hotdog yang dijual untuk pelanggan.


Gambar itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dan kejadian dikatakan berlaku pada 2 Januari lalu di 7-Eleven, Kelana Centre Point.

“Ternampak seekor tikus sedang menikmati hotdog di 7-Eleven, Kelana Centre Point.”

Rat1
sumber: twitter | grumpykimywho

Status itu kemudian menjadi viral sehingga mendapat lebih 5,200 retweet dan pihak pengurusan 7-Eleven dilaporkan sudah memberi maklum balas terhadap kejadian tersebut melalui laman Facebook rasmi mereka, lapor The Star.

Menurut mereka, kejadian itu merupakan sesuatu di luar jangkaan.

“Harap maklum bahawa kes ini adalah sesuatu di luar jangkaan  kerana kami mempunyai pihak jaminan kualiti yang disahkan untuk menjalankan audit dan kawalan serangga sebagai langkah untuk mengelakkan kejadian begini berlaku.” kata pihak 7-Eleven.

Rat 2
sumber: twitter | grumpykimywho

Syarikat itu turut berkata siasatan dalaman telah dijalankan dengan kerjasama pejabat Kementerian Kesihatan daerah Petaling.

“Keselamatan dan keselesaan pelanggan adalah perkara yang paling utama bagi kami.” kata syarikat itu melalui laman Facebook.

Syarikat berkenaan turut menegaskan bahawa 7-Eleven memastikan semua produk makanan adalah berkualiti tinggi dan dihasilkan secara bersih dalam kemudahan yang diluluskan dan telah di audit.

Tindakan lanjut dikatakan akan diambil bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang lagi.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.