in

TikTok Suitcase Murder: Kisah Pasangan Kekasih Dibunuh, Mayat Disumbat Dalam Beg Sebelum Dijumpai TikToker Di Pantai

Tiktok Suitcase Murder

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekitar tahun 2020 lalu, sebuah video pernah tular di internet memaparkan sekumpulan TikToker yang menjumpai satu beg pakaian berwarna hitam di tepi sebuah pantai di Seattle, Amerika Syarikat.


Maxresdefault

Pada mulanya, TikToker terbabit bergurau dengan rakan-rakannya mengenai isi beg berkenaan yang disangka mempunyai duit. Pun begitu, selepas dibuka, beg terbabit sebenarnya mengandungi anggota badan manusia yang sudah dikerat.

Menurut sumber, seorang tuan rumah didapati bersalah membunuh dua penyewa rumahnya sebelum mengerat dan menyumbat mayat mereka di dalam beberapa beg pakaian yang salah satunya dijumpai kumpulan TikToker berkenaan.

Egotdqxvoaejvus

Michael Dudley, 64, didapati bersalah membunuh Jessica Lewis, 35, dan Austin Wenner, 27, dengan cara menembak mereka sebelum mengerat mayat mereka dan disumbat ke dalam beberapa beg pakaian beroda.

Laporan mendedahkan, meskipun pihak pendakwa raya tidak mempunyai saksi yang melihat sendiri jenayah dilakukan Dudley, terdapat banyak bukti termasuklah bukti saintifik yang menunjukkan Dudley merupakan pembunuhnya.

Ketika perbicaraan mahkamah, seorang jiran mengaku dia terdengar beberapa bunyi tembakan dari rumah Dudley dan suara seorang lelaki merayu.

Nintchdbpict000603902990

“Dokumen mahkamah mendedahkan, kedua-dua mangsa terlibat dalam satu pergaduhan dengan Dudley yang merupakan tuan rumah kediaman yang disewa mangsa. Pergaduhan difahamkan berpunca daripada bayaran sewa tertunggak.”

Untuk pengetahuan, video penemuan beg pakaian berisi anggota badan manusia itu mendapat hingga 30 juta tontonan di TikTok. Setakat ini, video terbabit masih lagi boleh dilihat di platform terbabit dan pihak TikTok juga berkata, video terbabit tidak melanggar polisi syarikat yang memerlukan ia dipadam.

Selain TikTok, video terbabit turut viral di beberapa media sosial lain bukan saja di Amerika Syarikat malah, serata dunia.

Kalau korang nak tengok video penemuan tu, boleh KLIK sini.

Sumber: Wion News

Baca: Beg Mayat Bergerak, Lelaki ‘Mati’ Dalam Kemalangan Rupanya Masih Hidup

Feature 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.