in

“Lagi bagus kalau selamanya” – Kerajaan China Mula Kuatkasakan Larangan ‘Sementara’ Penjualan Binatang Eksotik

Featured Image Larangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni memang tengah hangat di perkatakan mengenai isu Coronavirus yang sedang menyerang rakyat China.


Virus yang dikatakan berpunca daripada haiwan eksotik seperti ular dan kelawar turut menjadi hidangan kegemaran masyarakat China.

Bukan itu sahaja, sehingga kini, hampir 4 kes individu yang dilaporkan positif terhadap virus Corona dalam Malaysia.

Menurut portal CNN, peniaga di pasar Wuhan menjual binatang liar termasuk tikus, yak, ular dan landak. Pakar kesihatan mengatakan bahawa dengan memakan haiwan tersebut boleh menjejaskan kesihatan kerana daging daripada haiwan eksotik ini dipercayai mempunyai virus pembunuh seperti Coronavirus.

Pasar6
Sumber: cnn

Baru-baru ini, pihak berkuasa China telah menguatkuasakan dengan serta merta mengenai larangan menjual haiwan liar dan eksotik yang dipercayai menjadi punca utama kepada penyebaran virus Corona ini.

Pasar2
Sumber: cnn

Kalau jual juga, suruh polis tangkap!

Menurut portal xinhuanet, Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Negeri, larangan itu dikeluarkan serta merta dan para peniaga hanya dibenarkan menjual semula selepas virus ini berjaya dikawal.

“Apa-apa bentuk perdagangan hidupan liar akan dilarang sepenuhnya termasuk pasar, pasar raya, tempat makan dan tapak e-dagang.”

“Pihak berkuasa mengarahkan semua tapak yang menujual haiwan liar untuk dikuarantinkan dan melarang untuk menjual haiwan liar di kawasan berkenaan.”

“Mana-mana peniaga dan penjual yang berdegil dalam melanggar larangan itu, mereka akan diserahkan kepada pihak polis atas kesalahan yang dilakukan.” Katanya.

Pasar1
Sumber: cnn

Kerajaan tempatan juga sudah bertungkus-lumus meningkatkan langkah keselamatan bagi mencegah virus itu daripada terus merebak dan menyarankan orang awam untuk mengelakkan daripada makan haiwan eksotik yang jelas boleh menjejaskan kesihatan.

Sehingga kini lebih 1,975 kes penyakit radang paru-paru yang disahkan disebabkan oleh coronavirus novel, termasuk 324 orang berada dalam keadaan kritikal, telah dilaporkan di negara ini.

Kalau dilarang selama-lamanya pun bagus juga. Bukan apa, kan lebih elok makan makanan yang lebih sihat.

 

Baca: “500 dijangkiti, 17 kematian” – Misteri Terjawab! Ular Didakwa Punca Coronavirus Di China

Cvjk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.