in

Covid-19 : Tempoh Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mungkin Dilanjutkan Hingga 2 Bulan?

Featured 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika ini semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk berada di rumah #juststayathome selepas pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac ini.


Meskipun dinasihatkan untuk menghadkan pergerakan namun masih ramai yang degil dan ingkar dengan arahan tersebut sehingga terpaksa melibatkan kawalan daripada polis dan tentera.

Namun untuk pengetahuan korang…

Tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin berlanjutan dua bulan lagi, jika penguatkuasaan sehingga 31 Mac ini, gagal mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Perkara itu dinyatakan Pakar Virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar yang tidak menolak kemungkinan perkara itu berlaku sekiranya rakyat masih berdegil dengan arahan PKP, mengabaikan penjarakkan sosial dan tidak mengamalkan kebersihan yang baik, lapor Berita Harian.

 

Tindakan rakyat balik kampung akan bantutkan usaha kekang Covid-19

Untitled Design 2020 03 17T162430 417

“Jika masih ada kelompok rakyat yang berdegil, situasi semasa yang memerlukan kita duduk di dalam rumah, boleh berlanjutan sehingga enam hingga lapan minggu lagi.

“Masalahnya, rakyat kita tiada disiplin seperti warga Korea atau Jepun. Ketika ke hospital semalam, saya lihat masih ada yang bersentuhan dan tidak menutup mulut ketika batuk,”

Malah Prof Dr Sazaly melihat tindakan ribuan rakyat yang balik kampung selepas PKP diumumkan sebagai faktor yang menyumbang kepada kegagalan usaha mengekang penularan Covid-19.

“Adalah satu kesilapan apabila orang dari kawasan tinggi jangkitan, iaitu Kuala Lumpur dan Selangor, balik ke kampung.

“Kita seolah-olah tidak belajar pada kesilapan sama dilakukan Itali, yang akhirnya menyebabkan wabak coronavirus bertambah kronik di negara itu,”

Pada masa sama beliau mencadangkan kerajaan untuk mengambil langkah seperti Korea dan Jepun yang agresif dengan menjalankan ujian komuniti iaitu ujian pintu ke pintu.

 

Baca : “Polis pun fed-up”  Balai Polis Keluar Notis ‘Sindir’ Rakyat M’sia Yang Sibuk Nak Balik Kampung?

111 4

 

 

Sumber: Gempak
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.