Satu rakaman video tular di media sosial sejak semalam memaparkan insiden seorang wanita bertindak agresif terhadap seorang wanita warga Indonesia.
Difahamkan, wanita berkenaan berang selepas mendapat tahu suaminya dipercayai telah ‘check-in’ di sebuah hotel bersama wanita terbabit.
Dalam video sama, wanita itu turut dilihat menampar suaminya sendiri di hadapan sebuah hotel yang dipercayai terletak di Seremban.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, video berkenaan dimuat naik bersama kapsyen berbunyi,
“Bila atok kau kantoi check-in dengan makcik Konoha kat hotel bajet.”

Artikel berkaitan: Dakwa Terdengar Bunyi Ketukan Pintu, Lelaki M*ut Jatuh Dari Tingkat 27 Selepas ‘Check-in’ Dengan Tunang
Artikel berkaitan: Anggota Polis Didakwa Ajak Wanita ‘Check-in’, JIPS Bukit Aman Jalankan Siasatan Tatatertib
Dalam rakaman tersebut, wanita berkenaan dilihat menarik wanita warga Indonesia itu ke lantai sebelum memukulnya ketika mangsa cuba membuka pintu sebuah teksi yang diparkir di bawah hotel terbabit.
Tidak terhenti di situ, wanita berkenaan turut menampar lelaki yang dipercayai suaminya selepas lelaki itu keluar dari hotel sambil mempersoalkan tindakannya menginap di hotel berkenaan selama kira-kira tiga jam.
Pada awalnya, lelaki berkenaan kelihatan cuba bertenang ketika berdepan situasi tersebut, namun keadaan menjadi semakin tegang apabila isterinya kembali menyerang wanita warga asing berkenaan.
Lelaki itu turut kedengaran berkata bahawa dia tidak akan pulang ke rumah selepas kejadian tersebut.
Sementara itu, pihak polis memaklumkan setakat ini mereka masih belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung kejadian berkenaan.
Sumber: Sinar Harian
