in

“Tidur mati ke?” – Lelaki Rogol Anak Darjah 6 Hampir Tiap Malam Tapi Isteri Dekat Sebelah Langsung Tak Sedar!

Rogol Anak Sendiri

Seorang lelaki dari Sarawak didapati telah merogol anak perempuannya berkali-kali dalam tempoh setahun. Menurut Utusan Borneo, lelaki berusia 40 tahun itu didakwa telah merogol anaknya berusia 12 tahun sebanyak 16 kali di antara Januari 2016 dan September 2017.

Pada 4 Julai 2019 Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara antara 15 dan 20 tahun tahun selepas tertuduh mengaku bersalah.

Rogol1
sumber: borneo post

Difahamkan mangsa dan bapanya tidur di dalam bilik yang sama dekat sebuah rumah panjang di Sarikei bersama dengan ibu dan adiknya. Pada suatu malam di bulan Januari 2016, mangsa merasakan seseorang menyentuh tubuh badannya sebelum tersedar dari tidur dan nampak bapanya sedang meraba.

Dia kemudian disuruh untuk membuka seluar dan terus dirogol namun mangsa tidak menjerit kerana takut dengan bapanya. Sementara itu, ibunya juga sedang tidur di sebelah mereka namun langsung tidak menyedari perkara itu berlaku.

Rogol5
gambar hiasan

Lepas dah selesai, mangsa dan bapanya terus sambung tidur seperti biasa. Kegiatan jijik bapanya itu berlaku hampir setiap malam selama setahun, hingga Disember 2016.

Pada tahun 2017, mangsa dihantar ke sekolah asrama dan hanya pulang pada hujung minggu. Bapanya dilaporkan mengulangi perbuatan rogol itu satu kali pada Julai 2017, dua kali pada Ogos 2017 dan kali terakhir pada 5 September 2017.

Rogol2
gambar hiasan

Mangsa akhirnya membuka mulut dan menceritakan kejadian itu kepada gurunya pada 6 September 2017. Dia kemudian dibawa ke Hospital Sarikei untuk menjalani pemeriksaan.

Bapa mangsa akhirnya ditahan pada hari yang sama kira-kira jam 4 petang di perkarangan Hospital Sarikei dan didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan.

Dia dilaporkan  membuat rayuan namun diketepikan oleh Mahkamah Tinggi dan dijatuhkan hukuman penjara 75 tahun berserta 48 sebatan.

Lena betul mak dia tidur Smiley Frown

Baca: Bapa Rogol Anak Kandung 36 Kali Sampai Beranak 6, Alasan Sebab Nak Ajar Cara Bersetubuh

Collage 41