in

“Tidur atas tempat pembuangan najis”- Lima Beranak Terpaksa Berteduh Dalam Kandang Lembu Sejak 8 Tahun Lepas Rumah Terbakar

Featured 14

Tidak dapat digambarkan perasaan yang dilalui lima beranak dari Kampung Kuala Besar, Badang di Kota Bharu ini apabila terpaksa menjadikan kandang lembu sebagai ‘tempat tinggal’ mereka selama 8 tahun.

Disebabkan rumah yang didiami sebelum ini terbakar, lima beranak iaitu Nasarudin Mat Ali, 39,bersama isteri, Nur Syazana Ali, 30, dan tiga anak mereka iaitu Mohamad Hakimi Nasarudin, 13; Nor Najwa Balkis, 8; dan Naufal Basri, 4 terpaksa tinggal di kandang tersebut meskipun keadaan kandang itu yang terlalu daif untuk mereka berlima.

 

“Terpaksa tunduk tiap kali masuk pondok, tidur beralaskan tempat pembuangan najis lembu…”

1 29

Kandang lembu itu mempunyai ruang yang terlalu sempit hingga terpaksa tundukkan kepala setiap kali masuk ke dalam pondok, bahkan alas tidur mereka adalah daripada lantai kayu tempat pembuangan najis lembu, lapor Harian Metro.

Nasarudin berkata mereka sekeluarga sebelum ini tinggal bersama kedua-dua ibu bapanya sebelum rumah terbakar pada 2012…

“Kebakaran itu menyebabkan hanya ruang dapur sahaja yang terselamat dan kejadian itu mendapat perhatian seorang wakil rakyat pada ketika itu dan membantu membina sebuah rumah yang selesa.

“Namun disebabkan rumah yang dibina itu mempunyai ruang yang agak terhad selain tidak mahu menyusahkan keluarga, saya mengambil keputusan untuk menjadikan kandang lembu milik arwah ayah sebagai tempat untuk kami lima beranak berteduh.

“Saya membaiki kandang lembu ini untuk dijadikan pondok bagi kami sekeluarga berteduh dari hujan dan panas matahari menggunakan kayu yang diambil daripada sisa rumah yang terbakar,”

 

“Pondok dimasuki haiwan berbisa seperti ular tedung…”

2 27

Bagaimanapun katanya tempat mereka diami kini tidak mempunyai tandas, dan tiap kali ingin membuang air besar atau kecil, perlu ke rumah ibunya yang terletak kira-kira 40 meteri dari pondok tersebut.

Lebih membimbangkan saya dan isteri, pondok ini juga sudah tiga kali dimasuki haiwan berbisa seperti ular tedung selain terpaksa menahan sejuk jika hujan kerana pondok kami dimasuki air akibat atap bocor dan dinding berlubang.

Nasarudin berkata dia bekerja dengan adiknya mengambil upah memasang lantai mozek dengan pendapatan RM50 sehari, duit itu yang digunakan untuk menyara keluarga.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Nasarudin Mat Ali di talian 017-9356578.

 

Baca : Dia tak pernah tinggalkan hospital; SEDIH! Owner Dah Meninggal 3 Bulan Sebab Covid-19 Tapi Anjing Ni Masih Setia Tunggu Tuannya

3 23

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro