in

“Tidur alas papan” – Majikan Tak Berperikemanusiaan Tindas Pekerja Kilang Terbongkar

Majikan Layan Pekerja Teruk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ada majikan yang sanggup layan pekerja warga asing dengan teruk walaupun mereka patuh pada setiap arahan dan peraturan ditetapkan. Tak patut buat dorang macam ni!

Baru-baru ini menurut Sinar Harian, pekerja kilang pengeluar telur ayam di Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka terpaksa tidur beralaskan papan dan memasak dalam bilik kecil. Selain itu, mereka turut tidur tanpa kemudahan lampu serta kipas.


Pondok

Namun, tindakan majikan yang didakwa tidak berperikemanusiaan ini terbongkar selepas Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Melaka melakukan operasi bersepadu ‘Ops Rumah Pekerja.’

Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sam berasa kecewa melihat keadaan itu, lebih-lebih lagi majikan tersebut telah diberikan amaran serta peringatan ketika penguatkuasa JTK turun padang sekitar Februari lalu.

Pondok2

Menurut beliau lagi, kawasan penginapan juga sangat kotor dan menjijikkan termasuk bilik air daif dipercayai terpaksa dikongsi kira-kira 27 pekerja warga asing lebih 10 tahun lalu.

Tambahnya, 2 pekerja kilang juga didapati tinggal di sebuah pondok kecil dengan tempat tidur yang tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan serta gagal menyediakan almari baju untuk pekerja.

“Kita tidak akan berkompromi kepada majikan yang gagal mematuhi arahan dan bersedia membuka kertas siasatan untuk mengambil tindakan” – Ngwe Hee Sam

Mengulas lanjut, beliau berkata, alasan majikan telah menyediakan penginapan baharu namun belum memindahkan pekerja tidak boleh diterima kerana telah diberi tempoh beberapa bulan untuk membuat perubahan.

Ujar beliau, majikan juga didakwa melanggar peraturan di bawah Seksyen, 24D Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446) kerana tiada perakuan penginapan selain majikan juga belum membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan perakuan tersebut.

Harapnya majikan ni dikenakan tindakan sewajarnya sebab tindas pekerja warga asing! Kesian dorang tau!

Baca: “Paling baik & rajin” – [VIDEO] Pekerja Asing Balik Kampung Lepas 10 Tahun Berkhidmat, Majikan Siap Belanja Tiket ‘Flight’

Majikan Belanja Tiket Flight

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.