in

“Paling baik & rajin” – [VIDEO] Pekerja Asing Balik Kampung Lepas 10 Tahun Berkhidmat, Majikan Siap Belanja Tiket ‘Flight’

Majikan Belanja Tiket Flight

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni tak dapat disangkal yang masih terdapat segelintir majikan yang tidak meletakkan jurang terlalu besar dengan pekerja warga asing. Mana taknya, bila dah lama bekerja dan sudah dianggap seperti keluarga sendiri, mesti berat rasa bila nak berpisah nanti.


Pekerja Bangladesh balik kampung lepas 10 tahun berkhidmat

Itulah yang dirasai oleh individu ini ketika berkongsikan momen terakhir dengan seorang pekerjanya setelah berkhidmat selama 10 tahun. Menerusi perkongsian seorang TikTokers @azwanazolkifli ini, lelaki warga asing berkenaan terpaksa pulang ke kampung halaman selepas permitnya ditamatkan.

@azwanazolkifli

Hadiah perpisahan, kita belanja tiket flight & hadiah sikit.

♬ –

Selain itu, mereka turut berasa sedih kerana perlu melepaskan staf yang dianggap sangat setia dan rajin bekerja.

Tak pernah minta naik gaji, majikan siap hadiahkan tiket ‘flight’

Bagi menghargai pengorbanan dan kesetiaan pekerjanya, lelaki tersebut turut menghantar warga asing berkenaan ke lapangan terbang. Bukan itu sahaja, apa yang lebih menyentuh hati lagi dia juga turut membelikan tiket flight serta sedikit hadiah buat pekerja asing yang lebih dikenali sebagai Helal ini.

Anak kepada pemilik akaun ini juga sempat memberikan lambaian terakhir kepada Helal sekaligus menunjukkan betapa eratnya hubungan mereka sekeluarga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut ikut sebak dan terharu melihat detik perpisahan itu. Ada juga yang kagum dengan bonding majikan dan pekerja seakan-akan seperti darah daging sendiri.

Komen Pekerja

Majikan yang jaga kebajikan pekerja macam nilah patut dicontohi! Bukan abaikan atau tindas pekerja asing!

Baca: “Ada budak tu!” – [VIDEO] Buat U-Turn Mengejut, Rupanya Pemandu Warga Asing Tak Ada Lesen

Page Uturn

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.