in

“Tidak boleh membaca kerana buta huruf” – Kisah Cabaran Mak Dara, Watak ‘Ikonik’ Nyonya Mansur Dalam Filem Ibu Mertua Ku

Mak Dara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jangan kata generasi 60 an ke 90 an, generasi muda kini pun boleh dikatakan masih kenal filem arahan  Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Ibu Mertuaku kan?


Biarpun filem ini sudah berusia hampir 6 dekad, filem Ibu Mertua Ku masih lagi evergreen di mata penonton, sehingga kini masih ada stesen televisyen menyiarkan filem ini.

Selain watak Kassim Selamat, mesti ramai yang ingat tagline “Apa? ahli musik?” dari Nyonya Mansur yang dilakonkan oleh Mak Dara kan? Untuk pengetahuan, keberkesanannya membawa watak ini telah mengangkat namanya dan ia salah satu watak ikonik di mata penonton.

Bagaimanapun ada kisah tersirat yang terjadi disebalik pembikinan filem Ibu Mertuaku ini.

 

Tolak tawaran sebab takut tak boleh bawa watak & tak nak menyusahkan P. Ramlee

E48Q Bzuyaapqgm

Menerusi perkongsian daripada Danial Aziz Ahmad dan Facebook Repair Gambar Lama, menjelaskan bahawa pada mulanya Mak Dara tidak boleh menerima tawaran daripada Allahyarham P. Ramlee yang juga merupakan pengarah untuk filem tersebut, ini kerana dia bimbang tak dapat bawa watak itu dengan baik dan tak mahu menyusahkan P. Ramlee.

Walaubagaimanapun, P. Ramlee berkeras mahukan Mak Dara berlakon di bawah arahannya. Kata P Ramlee :

“Tentang kebolehnya berlakon sebagai ibu mertua itu, Mak Dara nombor wahid, chuma perkara hendak menghafalkan senikata2-nya itu sebagai hendak mengasah parang yang berkarat.”

Namun begitu, disebabkan Mak Dara melihat P.Ramlee bersungguh-sungguh mahukan khidmat lakonannya, oleh itu, Mak Dara pun bersetuju untuk terima tawaran tersebut.

Menurut sumber filem ini adalah filem yang paling lama disiapkan kerana mengambil masa 6 bulan.

 

Tidak boleh membaca kerana dia buta huruf

Sumber menyatakan bahawa Mak Dara tidak boleh membaca kerana dia buta huruf. Untuk berdialog, dia akan diajar dan berlatih dengan penolong pengarah S. Sudarmadji.

E48U9Vgveaawuh5

Disebabkan itu, S. Sudarmadji akan melukis simbol-simbol pada setiap dialog untuk memudahkan Mak Dara menghafal dan belajar tinggi rendah intonasinya serta gerak tubuh yang sesuai dalam sesebuah babak.

“Kehebatan lakonan Mak Dara amat teserlah dalam filem tersebut. Apabila disebut nama Mak Dara atau NYONYA MANSUR, pasti ramai akan terbayang wataknya yang kejam itu. Ia telah menjadi salah satu watak cult dalam sejarah perfileman Melayu.”

E48Wvmxvuaembdm

 

Sejarah awal penglibatan mak dara dalam layar seni

E48Xc7Mvkam8Dqw

Mak Dara mula berlakon di pentas bangsawan sebagai penari. Selepas banyak kumpulan bangsawan gulung tikar, seperti anak wayang lain Mak Dara beralih angin ke layar perak.

Sebagai pelakon bebas yang tidak terikat dengan mana-mana studio, Mak Dara telah berlakon dalam 26 buah filem.

 

Filem-filem lakonan Mak Dara

E48Ang Veaqbjyo

  1. Ibu Tiri (1941)
  2. Berdosa (1951)
  3. Norma (1951)
  4. Perkahwinan Rahsia (1951)
  5. Penarek Becha (1955)
  6. Anak-Ku Sazali (1956)
  7. Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang (1961)
  8. Singapura Dilanggar Todak (1961)
  9. Sri Mersing (1961)
  10. Lela Satria (1961)
  11. Yatim Mustapha (1961)
  12. Puteri Gunong Ledang (1961)
  13. Siti Zubaidah (1961)
  14. Jalak Lenteng (1961)
  15. Ibu Mertua Ku (1962)
  16. Tun Fatimah (1962)
  17. Siti Payong (1962)
  18. Mabok Kepayang (1962)
  19. Tangkap Basah (1963)
  20. Ibu Ayam (1963)
  21. Rumah Itu Dunia Aku (1963)
  22. Darah Muda (1963)
  23. Budi dan Dosa (1963)
  24. Jeritan Batin (1964)
  25. Aksi Kuching (1966)
  26. Mat Toyol (1969)

 

Meninggal dunia di pada hari ulang tahun,16 Februari 1970 

E48A Ulvkaeowjq

Mak Dara meninggal dunia di Singapura pada 16 Februari 1970 akibat sakit tua. Tarikh 16 Februari itu juga merupakan hari lahirnya.

Mak Dara meninggal dunia pada usia 63 tahun. Ramai sahabat seperjuangannya turut menyatakan kesedihan mereka di atas pemergian Mak Dara.

 

Baca : “Selalu la hidang air lepasni”- [VIDEO] Gadis Kongsi Kisah Kahwin Umur 20 Tahun, Ramai Terkejut Pasangan Kenal Waktu Hidang Air

Kahwin 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.