in

“Selalu la hidang air lepasni”-[VIDEO] Gadis Kongsi Kisah Kahwin Umur 20 Tahun, Ramai Terkejut Pasangan Kenal Waktu Hidang Air

Cats 110

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi kebiasaan bila tetamu datang ke rumah, ibu-ibu akan suruh anak dara diorang tolong buatkan air dan hidangkan. Tapi, siapa sangka ada orang yang memerhati waktu tengah hidang air itu.


Ni la nama dia dari mata jatuh ke hati. Cinta pandang pertama gitu.

Pengalaman yang sama turut dirasai oleh seorang gadis ini sebelum dia berkenalan dengan suaminya yang merupakan tetamu di rumahnya pada suatu masa dahulu.

 

Hidang air untuk tetamu

Kisah ini dikongsikan oleh gadis berumur 20 tahun ini melalui video yang dimuat naik di akaun Tiktok Sofia Roses semalam bila ada netizen yang bertanya detik-detik dia berkenalan dengan suaminya.

@sofiaarosess

Answer to @hnnbdriah and if you ask why I choose him, bcs he never give up♥️ #fypage #lovestory #nikah

♬ Goodbye, Hello – Syamel & Ernie Zakri

Gadis yang mesra dipanggil Sofia bercerita yang dia pertama kali jumpa suaminya waktu suami dia datang ke rumah dengan mak dia untuk tengok adik gadis ini yang baru lahir pada tahun 2018.

“First time dia datang rumah ikut mak dia sebab nak tengok my new born brother. Masa tu Sofia hidangkan air. Waktu itulah kami berjumpa kali pertama.”

Waktu Hidang Air

 

Tak putus asa

Selepas Sofia habis SPM, suami dia berjumpa dan meminta izin ayahnya untuk berkenalan dengan Sofia tapi Sofia tolak dengan baik. 2 tahun selepas itu, suaminya DM ibu dia pula untuk minta izin berkenalan dengan Sofia tapi Sofia tolak sekali lagi.

Melihat kesungguhan suami dia pada waktu itu, akhirnya Allah mula buka hati Sofia untuk terima suaminya itu selepas 4 bulan dan diorang terus bertunang pada bulan September tahun itu.

Pada bulan Mei yang lalu, diorang selesai melangsungkan perkahwinan dan sudah sah bergelar suami dan isteri.

Nikah 1

 

Ramai nak rajin hidangkan air lepas ni

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ramai juga yang ambil pengajaran dari kisah gadis itu dan berazam untuk mula rajin tolong ibu hidangkan air selepas ini kalau ada tetamu yang datang ke rumah. Mana tahu jumpa jodoh juga kan.

Whatsapp Image 2021 06 29 At 4.00.32 Pm

Lepas ni makin rajin la hidang air untuk tetamu. Mana la tahu jumpa cinta pandang pertama juga.

 

Sumber: Sofia Roses

Baca:”Hak dia nak tanya”- [VIDEO] Cuma Tanya Pasal Rumah Sebelum Kahwin, Perempuan Ini Dilabel Materialistik?

Capture 73

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.