in

“Tiba-tiba hilang” – Atlet Serbia Meninggal Dunia Dalam Acara CrossFit Di Texas

Syaz Ft 2024 08 09T125244.529

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang atlet CrossFit lemas ketika hampir ke garisan penamat.

Atlet tersebut merupakan atlet dari Serbia yang berusia 28 tahun dikenali sebagai Lazar Dukic, dia dilihat tiba-tiba hilang di Marine Creek Lake, Fort Worth, Texas.


Artikel berkaitan: Kanak-kanak Autisme Berusia 6 Tahun Ditemukan Lemas Dalam Kolam Tadahan Selepas 3 Jam Hilang

Artikel berkaitan: Ramai Atlet Olimpik Mula Jual Semula Telefon Lipat Edisi Terhad Paris 2024

Panggilan kecemasan dikeluarkan sekitar jam 8 pagi apabila Lazar sedang berenang bersama sekumpulan pesaing lain, tiba-tiba hilang berhampiran garisan penamat.

“Kami akan melakukan apa yang termampu dalam masa yang tragis ini untuk menyokong keluarga, untuk menyokong komuniti kami. Kami bekerjasama dan bekerja rapat dengan pihak berkuasa dalam siasatan susulan,” kata Don Faul, Ketua Pegawai Eksekutif CrossFit.

Difahamkan, mayat Lazar ditemui kira-kira sejam selepas penyelam penyelamat pertama memasuki air, dan pihak polis mengesahkan atlet itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut laporan Fox News, Lazar mengambil bahagian dalam acara renang dan larian, yang merangkumi larian 5km diikuti dengan renang 800 meter.

Lazar Dukic merupakan atlet sukan CrossFit selama empat tahun dan merupakan pemenang Separuh Akhir Eropah 2024.

Beliau juga merupakan atlet individu pertama memenangi tiga separuh akhir berturut-turut dan menduduki tempat ke-88 di seluruh dunia dalam kategori lelaki, ke-33 di Eropah dan ketiga di Serbia.

Sumber: Fox News, The Washington Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.