in

“Tiada sebarang insiden perebutan” – Noh Salleh Tepis Dakwaan ‘Culik’ Anak

Noh Salleh Musa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, tular sebuah khabar angin di mana seorang penyanyi lelaki popular dikatakan berkomplot dengan pembantu rumah untuk ‘menculik’ anaknya yang dijaga bekas isteri.

Penyanyi yang dimaksudkan ialah vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh. Hujung minggu lalu, Noh dalam satu temu ramah menepis dakwaan berkenaan dan menceritakan perihal sebenar yang berlaku.


Artikel berkaitan: Vokalis Kumpulan Terkenal Didakwa Arah Pembantu Rumah Culik Anak?

Artikel berkaitan: Noh Salleh Selamat Bernikah Dengan Athira Dalam Majlis Serba Ringkas

Noh menerusi Harian Metro berkata, apa yang berlaku bukanlah isu perebutan kerana segala urusan dibuat mengikut undang-undang serta dilengkapkan bersama dokumen sah dan tiada unsur penculikan sebagaimana yang dikhabarkan.

“Sekarang Musa memang di bawah jagaan saya dan dia sangat gembira. Tapi, saya difitnah teruk berhubung isu penculikan itu yang memang tidak berlaku langsung.

Saya tak pernah kena tangkap, cuma hanya diminta hadir ke balai polis untuk beri keterangan. Tak sampai kena gari atau tiada siapapun masuk lokap, semuanya berjalan lancar,” katanya.

Pun begitu, dalam posting terbaru di Instagram miliknya, Noh berkongsi selepas temu ramah tersebut, bekas isterinya, Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina hadir ke rumahnya bersama suami untuk mengambil semula anak angkat mereka, Musa.

“Namun malam semalam dalam jam lebih kurang 8.30 malam pihak Mizz Nina telah pun hadir di rumah saya bersama2 dgn suami beliau serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali untuk tujuan mengambil Musa dari jagaan saya dengan perintah interim (perintah jagaan sementara) dari mahkanah syariah sebelum sesi mediasi di mahkamah syariah.

Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya.

Hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam,” tulisnya.

Selain itu, pelantun lagu Pagi Yang Gelap itu berkata dia percaya kepada perdamaian selain menghormati keputusan mahkamah, dia juga menegaskan bahawa dia akan melakukan yang terbaik baik kesihatan fizikal dan mental anaknya itu.

Dia juga berharap kenyataan yang dikeluarkannya itu akan menghentikan segala spekulasi serta jelas untuk semua pihak.

Kita doa yang baik-baik untuk Noh dan Musa ok? 

Sumber: Harian Metro, Instagram 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.