in

Pelik Ibu Kandung Musa ‘Cakap Lain’, Fynn Jamal Dakwa Semua Yang Dikatakan Noh Salleh Ada Bukti

Ft Fynn Jamalk Spill Tea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai Mizz Nina dan Noh Salleh mengenai hak penjagaan Musa dilihat jadi semakin hangat apabila Fynn Jamal tampil bagi respon berikutan dengan komen yang diberikan terhadap Essam Muhammad sebelum ini.

Kenyataan yang diberikan in sekaligus menjawab segala persoalan dan respon kepada Athirah (ibu kandung Musa) yang mendakwa Noh putar belit dan manipulasi dirinya.


Artikel berkaitan : “Diamlah, kami tahu cerita sebenar” – Fynn Jamal Respon Di Video Temubual Suami Mizz Nina

Artikel berkaitan : “Apa yang Noh cakap semuanya tak betul” – Ibu Kandung Musa Dakwa Dimanipulasi Noh Salleh

 

Fynn antara orang yang bantu uruskan hal Musa

Menurut Fynn Jamal, dia mengetahui segalanya dan ingin memberi respon mengenai hal ini sebab hendak menjawab dakwaan orang yang mengatakan dia melebih-lebih. Dia juga mendakwa antara individu yang uruskan Musa dari dalam perut sehinggalah diserahkan kepada Noh oleh ibu kandung Musa.

Mengulas komen “shut up, we know everything, Allah is my witness”, jelasnya ia sebenarnya lebih kepada nada kecewa. Ini kerana Fynn Jamal adalah antara orang penting yang menguruskan hal dokumentasi dan segala proses berkaitan.

Malah, Fynn Jamal juga menegaskan bahawa hak penjagaan adalah kepada dua nama,

“Kalau ikutkan kerajaan, kalau kita ada 2 nama, kita tak boleh main drop nama kita sahaja. Itu setahu Fynn yang dah buat 20 tahun.”

Screenshot 2024 02 09 140419

 

Athira yang ambil Musa, bagi dekat Noh, tiba-tiba berpihak kepada Mizz Nina

Screenshot 2024 02 09 140403

Menjawab dakwaan ibu kandung Musa iaitu Athira yang mengatakan Noh memanipulasi dan memutar belit, Fynn menyatakan,

“Sejujurnya berdasarkan apa perbualan kita daripada awal tadi, dia yang tolong bagikan Musa. Dia yang ambil Musa dan dia juga yang pass kan Musa kepada Noh.”

“Dia yang ambil Musa pass kepada Noh, Noh tak pergi ambil ke mana-mana, semua ni ada dalam WhatsApp.”

Malah, Fynn turut menegaskan bahawa dia menyaksikan segala proses pengambilan Musa biarpun pada waktu itu dia sedang berada di Thailand dan ada berurusan dengan Athira yang sekaligus menjawab bahawa tiada unsur ‘penculikan’ berlaku.

Fynn menjelaskan bahawa dia terkejut apabila membaca kenyataan Athira yang lebih memihak kepada Mizz Nina.

Ini kerana, Fynn yang tertanya-tanya lokasi sebenar Athira ini menegaskan apa yang diceritakan oleh Athira amat bercanggah dengan apa yang sebenarnya terjadi.

Fynn juga mempersoalkan kenapa Mizz Nina tiba-tiba tarik kes sulh beberapa hari lepas setelah Noh beri kerjasama untuk hadir ke mahkamah untuk menunjukkan bukti.

 

Fynn tak back up Noh atau Nina, lebih berpihak kepada Musa

Jelas Fynn lagi, tujuan dia ‘bersuara’ ini adalah ingin menceritakan kebenaran.

“Jujur, Fynn dengan Noh tak ada mesej hari-hari ke apa, Fynn lebih banyak berborak dengan Nina berbanding dengan Noh, tapi Fynn lebih berada di pihak Musa “

“Apa yang terbaik untuk Musa, itulah dia, sejujurnya Fynn tak nak masuk campur siapa yang akan jaga Musa, sebaiknya dua-dua ni beralah untuk Musa dan apa yang terbaik untuk dia.”

Berkenaan dengan kenyataan Noh yang menegaskan dirinya tidak boleh dipanggil ayah, sebaliknya panggil ‘uncle’ dan apa juga yang dikatakan itu, Fynn menyatakan semuanya ada bukti.

“Bila ditanya kenapa tak nak settle belakang-belakang, Allah sebagai saksi, dah nasihat. Dah pesan, Fynn dah cakap.”

Fynn juga menyatakan dirinya menjadi ‘defensive’ apabila menonton video temuramah Essam Muhammad berkenaan dengan tindakan Noh mendedahkan nama penuh Musa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Jadi, Fynn memaklumkan dia tahu segala-galanya kerana dia ada ketika proses dokumentasi, bagaimanapun Fynn tidak mendedahkan nama sebenar Musa.

Oleh itu, Fynn Jamal menasihatkan kepada semua orang termasuklah Noh, Nina dan dirinya sendiri agar sentiasa takut dengan Allah dan buang ego.

“Apa yang kita buat ni, kena buat betul-betul kerana Allah, buang ego dan buat benda yang betul, itu sahaja. Sebab kalau bukan kat sini balasannya dekat akhirat nanti.”

Dalam nada sebak, Fynn menzahirkan rasa simpati terhadap nasib Musa dan terpalit sedikit rasa marah.

“Sekarang ni Nina dah dapat full custody, apa je aku boleh buat? Aku marah sebab, kau tak ada anak, kau nak anak, bila Allah dah bagi kau anak, kenapa kau buat macam ni, semua ada fakta aku ada bukti, aku ada video, semua aku ada.”

Oleh itu, Fynn berharap agar Musa dibesarkan dengan baik dan disayangi oleh semua orang.

Sumber : Instagram officialhlive

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.