in

“Tiada pangkat tapi pantas bantu yang memerlukan” – Ustaz Ebit Lew Guna Pesawat Kargo Hantar Barang Medikal Ke Sabah

Ebit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika korang mengikuti Ustaz Ebit Lew di media sosial, korang pasti tahu apa amal kebaikan yang dibuat ustaz ini hampir setiap hari.


Seingat admin, terdahulu Ustaz Ebit sewa lori hantarkan barang-barang keperluan asas kepada penjara yang terjejas akibat COVID 19. Kemudian masalah air melanda warga Selangor, macam Superman ustaz datang bawa lori tangki air untuk diagihkan kepada mereka yang terjejas.

Kali ini, Ustaz Ebit Lew buat kita terkesima lagi. Setelah mendengar rintihan warga Sabah mengenai keperluan medikal yang makin berkurangan, ustaz ini telah menghantar keperluan medikal ke Sabah dengan menggunakan pesawat kargo, Raya Airways.

Menerusi perkongsian tersebut, Ustaz Ebit memberitahu yang dia telah menghantar medikal set PPE dengan spec, face shield, pelitup muka, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah.

Perkongsian tersebut mendapat pujian ramai netizen yang menganggap Ustaz Ebit lah hero yang dinanti-nantikan rakyat Sabah.

Dalam pada itu, ada juga di kalangan netizen berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan kebaikan atau membantu rakyat yang memerlukan, mereka tidak perlu pangkat atau jawatan demi melakukan hal tersebut. Just do it bak kata Nike! 

Tiada Jawatan

Semoga Allah terus limpahi rezeki yang banyak buat Ustaz Ebit supaya dia dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan di luar sana. Amin! 

Baca: “Dia takkan berehat selagi ada orang susah” – Netizen Terharu Lihat Ustaz Ebit Lew Salur Bantuan Dekat Penjara Seberang Perai

Penjara 2

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.