in

Tiada Lagi Gelaran Sinclair, Bunga Citra Lestari Tukar Nama Di Instagram Menjelang Hari Bahagia

Ft Bcl Tukar Nama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Desas desus mengenai Bunga Citra Lestari yang dikatakan bakal berkahwin baharu dalam masa terdekat dilihat menjadi semakin hangat.


Biarpun ada pihak terdekat sudah mengesahkannya, tuan empunya badan masih belum bersuara mengenai hal ini. Namun, gossip mengenai dirinya bakal berkahwin dengan anak jiran tetangga itu makin dapat dihidu apabila….

Artikel Berkaitan : Bunga Citra Lestari Bakal Kahwin Dengan Lelaki Pilihan Di Bali Bulan Depan?

Artikel Berkaitan : Kecoh Gosip Bunga Citra Lestari Bakal Berkahwin, Bakal Mertua Rupanya Jiran Sebelah Rumah?

Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan panggilan BCL kini sudah menukar nama, dimana gelaran Sinclair sempena nama arwah suaminya Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada 3 tahun lepas kini telah dipadamkan di Instagram.

Screenshot 2023 12 01 133839

 

Nama yang sebelum ini bclsinclair berubah menjadi itsmebcl dan sekaligus ia mengundang pelbagai reaksi peminat dan rata-ratanya memberikan sokongan moral buat BCL bersama pasangan baharu.

Untuk rujukan, BCL digosipkan bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Tiko Wardhana yang juga seorang duda.

Screenshot 2023 12 01 133823

Mereka dikatakan bakal disatukan pada 2 Disember ini di sebuah hotel di Bali, Indonesia. Khabar angin ini bermula daripada seorang petugas di pejabat agama.

Bahkan, Ketua Rukun Tetangga dan Ketua Kantor Urusan Agama (KUA) Jakarta, Daud Damsik telah mengesahkan perkara ini.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.