in

“Tiada keserasian” – Azri Iskandar Tak Jadi Kahwin Dengan Usahawan

Ft Azri Iskandar Putus Cinta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Azri Iskandar dilihat gagal buat kali kedua untuk menamatkan zaman dudanya apabila hubungannya dengan usahawan yang dikenali sebagai Datuk Noora Kay berakhir dengan perpisahan.

Ia disahkan sendiri oleh Noora yang mengakui bahawa hubungan cinta mereka sudah berakhir pada Mei lalu. Kata Noora, punca mereka berpisah adalah kerana dia dan Azri tidak mempunyai keserasian sebagai pasangan hidup untuk bergelar suami.


Artikel berkaitan : “Setahun lebih tak jumpa” – Azri Iskandar Dedah Hubungan Dengan Dr Azra Mula Renggang?

Artikel berkaitan : “Lain macam” – Azri Iskandar Ditemu Ramah Isu Takde ‘Job’  Tapi Netizen Nampak Benda Lain

“Apa yang saya boleh cakap kami sudah putus sejak akhir Mei lalu, saya percaya ajal, maut dan jodoh semuanya ketentuan Allah. Selepas berkawan dengannya, saya rasa tiada keserasian di antara kami.”

 Screenshot 2024 06 11 170328

Jelas Noora kepada mStar lagi, Azri menerima baik keputusan berpisah malah mereka mengekalkan hubungan baik sebagai kawan.

“Abang Azri seorang yang sangat baik. Apabila saya memberitahu yang saya rasakan kami tidak serasi, dia boleh terima dengan terbuka. Walaupun sudah berpisah, kami masih mengekalkan hubungan baik. Buat apa nak bergaduh bukan budak-budak muda lagi.”

Screenshot 2024 06 11 170252

Untuk rekod, Azri dan Noora menjadi perhatian apabila foto mereka makan malam bersama tular di media sosial yang turut disertai oleh bekas isteri Azri.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.