Tahun lepas, banyak kontroversi yang membelenggu pelakon senior, Azri Iskandar berkenaan perihal rumah tangganya serta perhubungannya selepas bercerai dengan Ellie Suriaty.
Terbaru, sebuah portal hiburan menemu ramah pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu dan bertanya berkenaan isu di mana dia didakwa tidak mendapat tawaran berlakon.
Artikel berkaitan: “Setahun lebih tak jumpa” – Azri Iskandar Dedah Hubungan Dengan Dr Azra Mula Renggang?
Artikel berkaitan: Hubungan Masih Baik, Azri Iskandar Kadang-kadang Pinjam Ellie Kalau Tak Ada Duit
@f8buzz Azri Iskandar nak belajar berlakon di universiti supaya dapat job? Azri Iskandar tak faham kenapa namanya ditolak stesen tv setiap kali penerbit cadangkan dirinya. #f8buzzhiburan #sembangentertaintment #azriiskandar #tv #tanahkubur
“Tawaran ada tapi nama tak lulus. Saya tak rasa sebab kontroversi, kontroversi tu tahun lepas. Saya ada banyak job tahun lepas, cuma tahun ni,” katanya.
Malah, Azri tidak mengatakan yang dia kecewa dengan ketiadaan job tetapi lebih kepada tidak faham mengapa ada stesen TV yang tidak membenarkannya berlakon.
Pelakon senior itu juga sempat berseloroh di mana dia sendiri akan bertanya kepada pihak stesen TV mengapa dia telah ditolak untuk berlakon.
“Kenapa nampak lain?”
Dalam pada itu, ketika interview tersebut dijalankan, netizen terlihat sesuatu yang ‘berbeza’ pada bekas suami Ellie Suriaty itu. Rata-rata netizen berkata dia seperti dalam keadaan separa sedar atau dalam slanga orang muda sekarang ‘kacip’.
Pun begitu, ramai yang merasakan ianya sekadar andaian dan tidak kurang juga mereka yang memuji lakonan Azri Iskandar itu.
Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Azri ya…
Sumber: TikTok F8Buzz