in

“Tiada kaitan dengan ilmu hitam” – Kisah Sebenar Kes Pembunuhan Sensasi Mona Fandey, Kuasa Mistik Hanya Mitos?

Featured 46

First of all admin nak bagitau yang kisah yang admin nak kongsikan ini agak panjang dan memerlukan korang untuk fokus dan tolong buka minda.

Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey satu nama yang tidak asing lagi dalam negara kita.

Negara pernah digemparkan dengan kes pembunuhan ‘kontroversi dan sensasi’ yang melibatkan pasangan bomoh atau pawang iaitu Mohd Affandi Abdul Rahman dan isterinya Mona Fandey 24 tahun lalu.

Namun adakah benar ‘faktor ghaib’ wujud dalam kes pembunuhan tersebut atau sebenarnya ada ‘kisah’ yang tidak didedahkan kepada umum?

3 15
Sumber: blog

 

1. Ahli Dewan Undangan Negeri dibunuh, badan dikerat 18! 

Mengimbau kembali kisah hitam yang berlaku pada Julai 1993, pasangan tersebut dengan bantuan pembantu mereka iaitu Juraimi Husin didakwa telah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mohd Mazlan Idris.

Lapor utusan, mengikut pertuduhan mereka didakwa membunuh dan memotong anggota badan Adun tersebut kepada 18 kerat, dagingnya dilapah di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, Raub Pahang.

Mona.transformed 0
Salah seorang penduduk menunjukkan lokasi tinggalan rumah mona fandey

Lebih menjijikkan, perlakuan itu dilakukan tanpa ada sekelumit rasa perikemanusiaan malah mayat tersebut kemudiannya ditanam dalam lubang berkedalaman 1.8 meter di rumah tersebut..allahu

Tak cukup dengan itu, lubang yang dihuni ‘jasad’ Datuk Mazlan itu kemudiannya disimen bagi mengaburi kegiatan kejam mereka.

 

2. Perbuatan ‘kejam’ kantoi, barang kes dibawa ke mahkamah termasuk ‘alat mistik’

Namun orang kata sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, kegiatan jahat mereka itu akhirnya terbongkar jua sekaligus membawa kepada penemuan mayat.

Perbicaraan kes berlangsung selama 69 hari, melibatkan sebanyak 76 orang saksi pendakwa raya dan peguam bela dipanggil.

8 3

Main 1504 Symona Zh 10
Sumber: blog

Dalam tempoh itu 238 barang kes dikemukakan kepada mahkamah seperti kapak yang digunakan untuk memenggal kepala mangsa.

Namun antara yang mencuri tumpuan ialah ‘barang kes lain’ yang pelik dan dikatakan mempunyai kuasa iaitu tangkal, azimat, keris kecil, tongkat dan songkok yang didakwa mempunya kuasa ‘sakti’.

Setelah tamat dibicarakan, mereka didapati bersalah oleh Mahkamah Temerloh pada 9 Februari 1995 dan dijatuhi hukuman Mati.

 

3. Mona Fandey dan suami rupanya ada ‘menuntut ilmu’ dengan mahaguru dari Indonesia

Memetik laporan utusan pada Oktober 1993 ada menceritakan yang Mona dan suaminya ada mempelajari ilmu hitam dari seorang mahaguru di Jawa Barat, Indonesia dan seterusnya dikurniakan ‘tangkal kebal’.

Mereka berguru di sana setelah tidak berpuas hati de­ngan ‘ilmu putih’ yang diperoleh daripada guru persilatan dan kebatinan, Bapa Supatra dari Medan, Indonesia yang hanya mengajar mengenai penjagaan diri dan perubatan sahaja,”

Part yang paling best ialah spekulasi masyarakat yang ternyata taksub dengan kes ‘mistik’ Mona Fandey dan suaminya Affandi. Pelbagai dakwaan dan cerita-cerita ‘sihir’ timbul walaupun ketika itu pasangan tersebut terkunci di bawah pengawasan penjara..wallahualam

Ini pula merupakan antara soalan-soalan popular yang acapkali diterima Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Omar Mohamad Dan

1. Adakah benar Mona Fandey seperti yang diceritakan?

2. Boleh ke Mona Fandey dan suami keluar masuk penjara sesuka hati sebab dorang ada ‘ilmu hitam’?

3. Betul kah Mona Fandey keluar penjara semata-mata nak minum teh tarik? Dan adakah dia betul-betul berpesta (menari) di luar penjara?

Ga
Sumber: blog

Bagaimanapun Datuk Omar menyangkal semua cerita tersebut dan jamin cerita itu adalah tidak benar.

Apabila pesalah dimasukkan ke penjara, mereka tidak akan dapat keluar walaupun menggunakan sihir atau kuasa ghaib”

Datuk Omar sedar dengan fenomena ‘kisah-kisah ilmu hitam’ dalam kalangan masyarakat apabila dikisahkan kes Mona Fandey.

 

4. Ketua Pengarah Penjara sendiri jumpa empat mata dengan suami Mona Fandey dan korek rahsia ‘mistik’ mereka

Disebabkan itu, beliau sendiri menguji Affandi bagi mengetahui adakah benar seperti didakwa ramai bahawa lelaki itu mempunyai kuasa luar biasa dan dapat buka pintu sel dan pintu-pintu penjara pudu dengan tangannya sendiri.

Dia sendiri menemui Affandi dan berborak santai dengan lelaki itu. Ketika itu pegawai-pegawainya cukup bimbang selepas dia mengarahkan untuk membukan gari Affandi dan biarkan dia bersendirian dengan lelaki itu.

“Boleh beritahu saya macam mana kamu buka gari dan pintu penjara? Bolehkah kamu buat macam tu?”- Datuk Omar

“Dah tentu saya pernah buka pintu sel tapi pintu yang tidak dikunci pengawal lah”.- Affandi

Sebelum Affandi dibawa pergi Datuk Omar bertanya sekali lagi

“Jadi betulkah kamu tak boleh buka gari atau kunci dengan tangan?”- Datuk Omar

“Tidak tuan”- Affandi

 

5. Percaya Affandi tidak ada kuasa ghaib seperti didakwa – KP Penjara

Jawapan itu sudah cukup bagi menjawab segala persoalan dan spekulasi yang bertebaran di luar sana berkaitan pasangan pembunuh tersebut. Beliau yakin Affandi jujur dengan jawapannya.

Hasil pertemuan empat mata beliau dengan Affandi, Datuk Omar percaya yang lelaki itu tidak mempunyai kebolehan ghaib seperti yang dikhabarkan.

Persoalannya benarkah Mona Fandey dan Affandi mempunyai kuasa ghaib yang memudahkan mereka untuk melakukan segala ‘jenayah’ tersebut dan mengiyakan segala kisah-kisah mistik berkaitan mereka?

Atau segala kisah yang pernah sensasi berkaitan Mona Fandey sebelum ini hanyalah mitos karut semata-mata?

 

Baca : 5 Kes Pembunuhan Yang Mengerikan Pernah Menggemparkan Malaysia Suatu Ketika Dulu

Kes