5 Kes Pembunuhan Yang Mengerikan Pernah Menggemparkan Malaysia Suatu Ketika Dulu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Seringkali kita dimomokkan dengan kes pembunuhan luar negara yang kedengaran begitu brutal dan mengerikan. Hal ini pernah membuatkan kita terfikir, logikkah semua perkara ini berlaku di negara sendiri? Kan Malaysia masih aman…

Pun begitu, jangan anda tak tahu! Terdapat beberapa kes pembunuhan kejam yang pernah menggemparkan negara tidak lama dulu. Ada di antara kes ini kami rasa agak mengerikan dan  apabila memikirkan ia pernah berlaku di Malaysia…. terus rasa seram sejuk! 

Berikut kami senaraikan lima kes pembunuhan yang bakal menghantui malam anda yang suram….muehehehe!

 

1. Pembunuhan beramai-ramai di atas kereta api

Tahukah anda dahulu pernah berlaku satu pembunuhan beramai-ramai di atas kereta api di Malaysia?

Mat Taram bin Sa’al atau lebih dikenali sebagai ‘Utoh’ telah didakwa atas kesalahan menikam dan membunuh 11 orang mangsa di atas tren yang sedang menuju ke Kuala Lumpur dan Kongsi dekat Bangi pada tahun 1947.

Berasal dari Indonesia, Utoh yang berumur 30 tahun memiliki sebuah ladang di Parit Enam, Perak. Dia ingin pulang ke rumahnya bersama isteri dan anak dengan menaiki kereta api ke Singapura selepas menjual rumah dan ladangnya dengan wang sebanyak 200 dollar Selat (mata wang sebelum merdeka).

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja dia tiba di Singapura, dia mendapati yang dia tidak mampu membeli tiket feri pulang ke Indonesia.

Gambar hiasan

Akibat hal itu Utoh menjadi tertekan dan telah berjaga selama dua hari menurut isterinya. Dia kemudian bercadang untuk pulang ke Perak semula pada 9 Oktober dan mengambil tiket kereta api ke Kuala Lumpur bersama keluarganya. Pada ketika itu Utoh hanya diam sepanjang perjalanan.

Pada waktu petang, sewaktu kereta api melalui kawasan Bangi, dia ke koc restoran di dalam tren tersebut. Secara tiba-tiba, Utoh mengeluarkan pisau poket dan menikam empat orang askar British yang sedang menikmati makan malam.

Tren tersebut membuat hentian kecemasan. Utoh kemudian melompat keluar dari tren dan melarikan diri ke dalam hutan. Dia juga telah menikam seorang lelaki gelandangan semasa dalam perjalanan ke Kongsi serta membunuh dua orang wanita warga emas, seorang lelaki dan tiga kanak-kanak. Manakala 9 mangsa lagi dicederakannya. Fuh gilalah dia ni! 

Gambar hiasan

Pihak polis yang dimaklumkan akan kes pembunuhan beramai-ramai itu mula menjejaki Utoh sehingga menyebabkan suspek terpaksa lari dan berjalan kaki selama 36 jam ke rumah lamanya di Parit Enam.

Ketika pulang, Utoh disoal mengapa dia tidak pulang ke Indonesia. Dia menjelaskan bahawa dia telah dihalau keluar dari tren selepas bergaduh dengan seorang budak yang menjatuhkan teh ke atas pakaiannya. Disebabkan itu, Utoh terpisah dari keluarganya.

Dia juga memberitahu kisah yang sama kepada pihak polis ketika ditahan di balai polis Sabak Bernam. Pun begitu, salah seorang dari anggota polis telah membaca kisah pembunuhannya di Bangi dan mereka mengesyaki Utohlah dalang di sebalik semua ini. Akhirnya dia ditahan dan dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan.

 

2. Wanita Korea Selatan Dibunuh di Genting

Kes mengerikan ini berlaku baru-baru ini saja! 

Bulan lepas (Ogos 2017), seorang wanita Korea Selatan yang berusia 92 tahun telah ditemui mati di sebuah bilik hotel di Genting Highlands.

Wanita yang dikenali sebagai Xiang Lian Jin sedang berehat di dalam bilik hotelnya bersama seorang pembantu rumah ketika anak dan cucu perempuannya keluar bersiar-siar.

Tiba-tiba seorang lelaki berumur 57 tahun memecah masuk ke dalam bilik berkenaan bersama sebilah pisau di tangan sambil memberitahu Jin dan pembantu rumah itu untuk duduk diam. Dia kemudian mengikat kedua belah tangan dan kaki mereka menggunakan tali.

Sumber: WOB

Lelaki itu seterusnya bertindak ganas dengan memukul wanita tua tersebut di kepala. Kata suspek, dia tidak suka dengan kelakuan anak lelaki sulung wanita itu kerana bercakap buruk tentangnya. Dia terus memukul perempuan itu sehingga pengsan dan memindahkan mangsa ke bilik mandi.

Suspek menunggu anak perempuan Jin sehingga pulang ke bilik dan menyerang wanita tersebut juga. Pada keesokan paginya, lelaki berkenaan meninggalkan bilik mangsa dengan keadaan pembantu rumah, wanita tua dan anaknya penuh kesan lebam. Pun begitu, Jin akhirnya meninggal dunia akibat kesan pukulan yang kuat.

Dua hari selepas kejadian, polis berjaya memberkas suspek di Bukit Tinggi.

 

3. Kes Mona Fandey

Pastinya ramai yang sudah sedia maklum akan kes yang berlaku pada tahun 2001 ini. Sungguhpun sudah bertahun-tahun berlalu, kes ini tetap ada unsur seram sejuknya! 

Mona Fandey atau Maznah Ismail terdahulu pernah menjadi seorang penyanyi pop sebelum dia bercadang untuk menukar kariernya menjadi seorang ‘bomoh’. Kariernya sebagai bomoh cemerlang dengan pertolongan suami dan seorang pembantu.

Sumber: WOB

Pada tahun 1993, Datuk Mazlan Idris, seorang ahli DUN dari Pahang telah datang kepada Mona untuk meminta pertolongan ghaib bagi meningkatkan kerjaya politik beliau. Mona bersetuju untuk membantu dan menawarkan Mazlan tangkal yang kononnya pernah dimiliki bekas Presiden Indonesia, Sukarno untuk memberi kekuatan. Dengan perjanjian ini, Mona mahukan RM2.5 juta sebagai imbalan!

Tertarik dengan kekuatan dari tangkal tersebut, Datuk Mazlan bersetuju dan membayar Mona RM500,000. Dia juga memberi suspek dan suaminya 10 buah tanah sebagai bayaran lebihan RM2 juta lagi.

Datuk Mazlan seterusnya dipelawa suspek untuk mengambil bahagian dalam satu ritual ilmu hitam di rumah Mona Fandey. Dia disuruh baring di atas lantai dengan matanya tertutup sambil menunggu wang “jatuh dari langit”. Pembantu Mona, Juraimy kemudian mengambil kesempatan itu untuk memenggal kepala mangsa menggunakan kapak! Uishh seram…

Tubuh mangsa telah dikerat ke 18 bahagian dengan kulitnya disiat dan ditanam sekitar rumah Mona di Pahang. 

Sepanjang perbicaraan kes, orang ramai merasa terganggu melihat Mona memakai pakaian yang cantik dan sentiasa tersenyum ketika ditemui di luar mahkamah. Walau bagaimanapun, Mona, suaminya dan pembantu mereka telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh.

Sebelum dia dihukum pada 2 November 2001, Mona dipercayai memberi kata akhir, “Saya takkan mati”. 

Sumber: WOB

 

4. Pembunuhan misteri dan kejam di Pulau Pinang 

Pada tahun 2014, dua kes pembunuhan yang dipercayai berhubungan telah menggempar Pulau Mutiara dan ia adalah antara kes yang paling kejam tercatat di senarai ini.

Kes yang pertama melibatkan penemuan mayat seorang wanita yang tidak berkepala terapung beberapa meter dari Pulau Kendi pada 5 November 2014. Semasa siasatan dijalankan, pihak polis tidak menjumpai sebarang identifikasi diri pada mangsa dan tubuh tersebut sudah pun terapung di lautan selama dua minggu sebelum ia ditemui.

Tiga hari selepas penemuan itu, satu lagi mayat wanita ditemui di dalam beg pakaian dengan kepala dan kakinya telah dipenggal buang. Mayat tersebut didapati dibalut dalam selimut.

Sumber: WOB

“Ini adalah antara kes yang paling mengerikan pernah kami kendali sepanjang tahun ini. Kami percaya pembunuhan ini dilakukan di tempat yang berbeza dan mayat dibuang di sini. Mangsa mungkin sudah meninggal dunia antara 24 ke 36 jam lalu,” kata ketua polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim.

“Sama ada ini adalah perlakuan ritual, bersiri, tidak bersiri atau ‘crime of passion’, kami tidak boleh menyelesaikan apa-apa,” tambah pakar kriminologi Universiti Sains Malaysia kepada akhbar The Star.

Misteri tak terjawab? 

 

5. Charles Sobhraj didakwa membunuh rakannya sendiri

Charles Sobhraj merupakan pembunuh terkenal yang berasal dari Cambodia. Dikenali sebagai ‘Pembunuh Bikini’ (Bikini Killer), The Splitting Killer, dan The Serpent, dia adalah antara pembunuh yang menakutkan dari Asia Tenggara. 

Sobhraj telah melakukan hampir 12 ke 24 pembunuhan dan dipercayai mempunyai masalah mental. Dia pernah mendapat gelaran selebriti disebabkan jenayah yang dilakukan, malah terdapat empat buah buku dan tiga dokumentari yang ditulis berkenaan lelaki ini.

Sobhraj mula melakukan jenayah dengan merompak pelancong di negara Eropah dan Timur Tengah dan kebanyakan masanya dibuang dengan melarikan diri dari pihak berkuasa.

Sumber: WOB

Semasa melarikan diri ke Thailand, dia telah bertemu dengan seorang lelaki India bernama Ajay Chowdhury yang juga seorang penjenayah dan menjadi rakan sekerjanya. Di situ juga dia bertemu salah seorang dari pengikutnya yang sedia, Marie-Andrée Leclerc dari Canada.

Mereka berdua telah melakukan pembunuhan pertama pada tahun 1975 yang mana seorang wanita Amerika dilemaskan di sebuah kolam di Teluk Thailand. Polis percaya Sobhraj dan Chowdhury mengenali wanita tersebut terlebih dahulu sebelum mengajaknya menyertai mereka untuk melakukan jenayah. Namun apabila mangsa menolak, dia telah dibunuh selepas mengugut untuk melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa.

Sumber: WOB

Sejak dari itu, mereka berdua kerap melakukan pembunuhan terhadap pelancong asing dengan mencekik, membakar dan melemaskan mereka. Salah seorang mangsa mereka memakai bikini yang serupa dengan mangsa terdahulu, sekaligus memberi gelaran Bikini Killer kepada Sobhraj.

Sobhraj dan rakannya terus membunuh dan mencuri pasport mangsa supaya mereka boleh menjelajah ke seluruh negara tanpa dijejaki polis. Pada Mac 1975, Sobhraj pulang ke Bangkok dan seterusnya ditahan serta disoal siasat polis. Namun dia akhirnya dilepaskan kerana pihak berkuasa takut kes pembunuhannya itu akan merosakan industri pelancongan Thailand. 

Selepas dari itu, dia, Chowdhury dan Leclerc datang ke Malaysia. Chowdhury telah diarahkan untuk mencuri batu permata dan memberi ia kepada Sobhraj. Lelaki tersebut kali terakhir ditemui ketika di Malaysia dan sehingga kini hilang tanpa berita. Ramai yang percaya dia telah dibunuh Sobhraj dengan kejam di Malaysia sebelum lelaki tersebut bersama Leclerc terbang ke Geneva bersama permata yang dicuri Chowdhury.

Sumber: WOB

Sobhraj meneruskan agenda jahat di serata dunia sehinggalah dia akhirnya ditangkap polis dan dihantar ke penjara selama 12 tahun di New Delhi pada Julai 1976.

Selepas dia dibebaskan, Sobhraj meluangkan banyak masanya untuk mengupah orang menulis buku dan dokumentari dengan jumlah wang yang banyak. Pada September 2003, Sobhraj dikesan seorang wartawan di Kathmandu, Nepal yang seterusnya melaporkan dia kepada pihak berkuasa tempatan. Dia ditahan dan didakwa atas dua pembunuhan yang lakukannya pada tahun 1975 yang membawa kepada hukuman penjara seumur hidup.

 

Amacam? Nyenyak tak tidur malam ini? Jangan takut-takut nak ke tandas pula!  

Baca: 3 Cerita Sekolah Berhantu Yang Mungkin Belum Pernah Anda Dengar

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!