in

Thailand Guna Sampel Peluh Ketiak Untuk ‘Detect’ Covid-19, Dikatakan Mempunyai 95% Ketepatan!

Collage 25 E1631945533536

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cara paling mudah untuk ambil ujian Covid-19 sekarang adalah dengan melakukan swab melalui hidung atau mulut. Tapi sebelum ni, China ada perkenalkan ujian calitan melalui dubur yang semestinya agak kurang menyenangkan bagi sesetengah orang.


Namun baru-baru ini, Thailand pula telah menemui cara baru untuk kesan virus Covid-19 iaitu melalui peluh dari ketiak.

Menurut saintis dari negara jiran kita ini, peluh di ketiak mempunyai tanda-tanda kecil menunjukkan seseorang individu itu mempunyai Covid-19 kerana bila seseorang individu dijangkiti virus ini, ia akan keluarkan sejenis kimia melalui peluh, lapor CNA.

77423B9E3B0B5Cfdfa202Bc3Ab0627439F827A84

Melalui sampel, kami temui orang yang dijangkiti Covid-19 mengeluarkan kimia yang berbeza. Kami gunakan ini untuk mencipta alat yang boleh mengesan bau spesifik yang dihasilkan oleh bakteria tertentu di dalam peluh pesakit Covid-19.”

Ahli penyelidikan di Thailand kini sedang mencipta satu alat khas dan telah pun menjalankan ujian ke atas peniaga-peniaga kedai di pasar Bangkok baru-baru ini.

A4996618B1B809Ed377Fba812F88E7B0E321011A

Walaupun alat tersebut masih dalam proses, dikatakan ia mempunyai ketepatan sebanyak 95% dan ahli penyelidik ini berharap yang ia boleh menjadi salah satu pilihan yang lebih murah berbanding ujian yang memerlukan proses makmal.

Alat ujian terbaru ini telah dicipta menggunakan satu alat untuk mengesan kimia toksik pada persekitaran. Untuk Covid-19, seseorang individu perlu menggunakan calitan yang diletakkan di bawah ketiak selama 15 minit sebelum letakkan di dalam botol kaca dan disterilkan melalui cahaya UV.

Manakala keputusan boleh didapati dalam masa 30 saat.

Peniaga-peniaga yang telah pun mencuba alat ini mengatakan yang ujian ini lebih bagus dari ujian PCR dan ia tak mengambil masa yang lama.

Kalau buat PCR, saya perlu duduk dekat tempat ambil ujian dan tunggu keputusan. Macam ni, saya boleh habis cepat dan sambung kerja, tak buang masa.”

 

Baca: China Wajibkan Ujian Calitan Dubur COVID 19 Kepada Semua Pelawat Antarabangsa

Screenshot 2021 09 13 At 1.23.41 Pm

Sumber: CNA
Sumber: CNA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.