in

Tesla Kalah Saman, Perlu Bayar Ganti Rugi Lebih 1 Bilion Ringgit

6tesla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tesla telah didapati bersalah dalam satu kes kemalangan maut yang berlaku pada 2019, menjadikan ia sabitan juri pertama terhadap teknologi pemanduan kendiri syarikat itu. Mahkamah mengarahkan Tesla membayar ganti rugi sebanyak AS$242.6 juta (bersamaan kira-kira RM1.13 Bilion) kepada keluarga mangsa, termasuk ganti rugi kesakitan dan punitif.

Memetik laporan Berita Harian, kes ini melibatkan kemalangan di Florida apabila kenderaan Tesla yang dipandu George McGee merempuh sebuah kereta, menyebabkan kematian seorang wanita berusia 22 tahun, Naibel Benavides Leon. Walaupun pemandu disahkan terganggu kerana menggunakan telefon bimbit, juri memutuskan Tesla turut bertanggungjawab sebanyak 33 peratus kerana sistem pandu automatiknya digunakan tanpa amaran atau perlindungan mencukupi.


Screenshot 2025 08 03 at 12.11.29 PM

Tesla menyatakan keputusan juri sebagai tidak tepat dan berjanji untuk mengemukakan rayuan. Syarikat itu turut mendakwa keputusan ini akan menjejaskan pembangunan teknologi penyelamat nyawa, bukan sahaja oleh Tesla tetapi seluruh industri automotif.

Sistem pemanduan kendiri Tesla telah berada di bawah penelitian ketat sejak dilancarkan pada 2015. Antara siasatan utama termasuklah oleh Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaa (NHTSA) pada 2024 yang mendapati sistem Tesla terbabit dalam beberapa kemalangan ketika cuaca buruk dan visibiliti rendah, menyebabkan penarikan balik lebih dua juta kenderaan untuk penambahbaikan ciri amaran.

Selain itu, Tesla turut berdepan tindakan perundangan di California atas dakwaan iklan mengelirukan yang menggunakan istilah seperti “Pemanduan Kendiri Sepenuhnya.” Pihak berkuasa negeri mencadangkan penggantungan lesen jualan Tesla selama 30 hari dan menuntut pampasan kepada pengguna. Keputusan juri ini dilihat sebagai titik perubahan penting dalam isu keselamatan teknologi pemanduan kendiri.

 

Baca: Tesla Cybertruck M*letup Depan Hotel Trump, Seorang Terbun*h & 7 Cedera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.