in

“Terus peluk” – [VIDEO] Hampir 9 Bulan Tak Jumpa, Reaksi Anak Kecil Bertemu Ibu Buat Ramai Sebak

Fi Anak Ibu Terpisah Lama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan senang boleh dikatakan untuk seorang ibu bapa bekerjaya, apabila terpaksa berpisah jauh dengan anak-anak di rumah untuk satu tempoh yang lama.


Cuba bayangkan perasaan wanita ini, apabila dia terpaksa berada di perantauan atas komitmen kerja dan berpisah dengan anak yang masih kecil berbulan lamanya.

 

Hampir 9 bulan terpisah

Untuk ibu bapa di luar sana, apa yang anda akan rasa bila terpaksa untuk berjauhan dengan anak masih kecil dalam satu tempoh yang lama? Mesti banyak perkara bermain di fikiran ketika itu ditambah pula dengan rasa rindu yang menebal.

Itulah dirasai oleh seorang wanita ini, apabila videonya yang dimuat naik kurang daripada tempoh 24 jam ini menjadi perhatian ramai. Menerusi perkongsian @ymsfaralhaqq, dia menunjukkan reaksi anak kecilnya ketika dia pulang ke rumah selepas lama tak bertemu.

Dalam video itu, ketika wanita dikenali sebagai Puan Farlinie tersebut muncul di pagar rumahnya, anaknya seperti tak percaya dan terus berjalan ke arah ibunya dengan perlahan sambil menangis. Paling menyentuh hati, apabila kedua anak-beranak tersebut menangis sambil berpelukan.

Menurut wanita tersebut, dia tak menjangkakan reaksi sebegitu dari anaknya sebab dia kan mengelak setiap kali mereka video call bersama.

@ymsfaralhaqq

aduhhh edit video pon berkali2 jgk laa tumpah airmata nih..sorry syg mommy..???? #fypシ #LDR #mommymissyou #daddysembunyi #kalaudaddyadamommyhilang

♬ Denting – Melly Goeslaw

 

Bekerja di Arab Saudi

Posting tersebut mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi daripada golongan wanita yang seakan faham dengan perasaan ibu dan anak tersebut.

Selain itu juga, Puan Farlinie menjelaskan yang mereka terpisah lama sebab komitmen kerjanya di Arab Saudi. Dia turut memberitahu bahawa sebelum pandemik ini melanda, anaknya tinggal bersama dan mula menghantarnya pulang ketika pandemik ini berlaku.

Anak Ibu Terpisah Lama 1 Edit

 

“Meleleh air mata saya sis”

Menjengah ke ruangan komen, nyata video tersebut membuatkan rata-rata netizen jadi sebak. Di samping itu juga, ada yang turut berkongsi pengalaman mereka yang seakan sama dilalui oleh Puan Farlinie itu.

Reak Anak Ibu Terpisah Lama 1 Edit Reak Anak Ibu Terpisah Lama 2 Edit Reak Anak Ibu Terpisah Lama 3 Edit

Ya Allah sebaknya tengok.. Siapa potong bawang ni?!

 

Baca : [VIDEO] Tamat 6 Bulan Latihan Terus Kena ‘Posting’ Jauh, Bapa Menangis Dapat Jumpa Anak Walaupun Sekejap

Foot Anak Ibu Terpisah Lama

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.